Berita tentang kehebatan pemain kriket bekas murid SKTPP & SJKC (Sin Ming); Nagineswaran a/l Sathnakumaran masuk akhbar The Star. Nagin merupakan pemain Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) yang sekarang bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Tingkatan 1. Bakat dan potensi sukan Nagin sangat cemerlang dan bakal menggegarkan dunia kriket negara kelak. Tahniah buat ibu bapa serta seluruh ahli keluarga Nagin yang sangat menyokong. Tahniah juga buat coach Cikgu Junaidi dan Izwan Jowahar atas bakti yang dicurah serta semua coach yang terlibat melatih dan mengasah potensi Nagin sejak kecil lagi. Tahniah juga buat SRCC kerana sentiasa melahirkan bintang kriket bertaraf dunia. Semoga Nagin akan terus sukses pada masa depan. Kami turut berbangga...
Friday, June 23, 2023
Laporan Bertugas Minggu Ke-12 (Sesi Petang)
![]() |
| Dengan berakhirnya ucapan dan nasihat dari Penolong Kanan Petang, maka berakhirlah Majlis Perhimpunan Rasmi pada minggu ini. Perhimpunan tamat pada jam 1.30 petang. |
- Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling; dan
- Anjuran Panitia Pendidikan Islam.
| Jom Henshin : Tahun 3 |
- 👉Aktiviti pembelajaran berjalan seperti biasa sepanjang minggu ke-12.
- 👉Tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
- 👉Tahap disiplin murid terkawal.
Laporan Bertugas Minggu ke-12 (Sesi Pagi)
Tarikh : 19 Jun hingga 23 Jun 2023
Hari : Isnin - Jumaat
Kumpulan Bertugas : Kumpulan F
1.
Azwani
binti Mohamed Noordin @ Noordin (K)
2. Norbaizura binti Nordin (P)
3. Noorayuni
binti Ab. Fatah
4. Mas
Ayu binti Arifin
5.
Noor
Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
6.
Fatin
Huzaikka binti Abdul Aziz
7.
Noor
Hayati binti Yusof
8.
Mohd
Rusydan bin Ismail
9.
Nurliza
binti Ab Rahman
10. Azlina binti Mat Isa
11. Azwane binti Adnan
Permulaan minggu ini dimulakan dengan majlis perhimpunan mingguan. Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Perdana bagi memulakan majlis perhimpunan.
Laporan guru bertugas pada minggu lepas :
- Sebelum meninggalkan kelas, pastikan lampu, kipas ditutup terlebih dahulu. Kerusi dan meja disusun dengan kemas, beratur untuk ke bilik-bilik khas atau keluar untuk subjek Pendikan Jasmani.
- Murid-murid tidak dibenarkan mencarut atau mengucapkan kata-kata tidak sopan ketika bercakap dengan kawan dan ketika bermain bola semasa PJK.
- Teruskan budaya 3S semasa hadir ke sekolah.
- Berhati--hati ketika melintas jalan semasa waktu datang dan balik kerana banyak kenderaan.
- Tidak membeli makanan ringan yang dijual di luar kawasan sekolah.
Tuesday, June 20, 2023
Program Motivasi Tahun 2 & 3
Hari ini telah berlangsung satu program motivasi untuk semua murid Tahun 2 & 3. Program ini telah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Personalia untuk program ini terdiri dari guru Bimbingan & Kauseling sesi petang iaitu Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah. Program bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang dan bersambung semula pada pukul 3.50 petang hingga 6.20 petang.
Antara objektif program ini adalah untuk :-
*Memupuk pemikiran dan sikap positif murid-murid.
*Meningkatkan motivasi diri untuk sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji.
*Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk merubah nilai diri ke arah yang lebih baik.
*Mewujudkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri, ibu bapa dan guru-guru.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dijalankan.









































