... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 22, 2023

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian

Pada hari ini seramai seratus orang murid SK Taman Putra Perdana telah bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik secara dalam talian. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan memberi kesedaran dan bimbingan kepada anak-anak dalam kalangan murid-murid sekolah tentang bahayanya gejala buli dan cara menghindarinya. 


Hasrat KPM ialah menjadikan murid-murid sentiasa mengamalkan dan menunjukkan perkara yang baik-baik bersama rakan-rakan, menjadi suri teladan kepada rakan-rakan, mampu mengajak rakan hindari perkara berkaitan buli dan gangguan seksual. Oleh itu, murid-murid diminta bersikap positif, tingkatkan jati diri yang unggul, teguhkan daya tahan diri serta kuatkan benteng agama dan nilai moral untuk menjadi Anak Yang Baik Lagi Cerdik. 

Maklumat berkaitan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian:

Tarikh: 22 September 2023
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 11.45 pagi 
Dokumen yang dilampirkan : Sila Klik Di sini


Murid-murid terpilih dan wakil guru menonton youtube di Terminal Muafakat





Laporan Bertugas Minggu Ke-24 (Sesi Pagi)

Tarikh : 18 - 22 September 2023

Hari : Isnin - Jumaat

Masa : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi

Kumpulan bertugas : Kumpulan F

Tema warna pakaian : Oren


Senarai nama guru Kumpulan F

1. Azwani binti Noordin (Ketua)

2. Norbaizura binti Nordin

3. Nurliza binti Ab Rahman

4. Noorayuni binti Ab Fatah

5. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz

6. Mas Ayu binti Arifin

7. Azwane binti Adnan

8. Mohd Rusydan bin Ismail

9. Azlina binti Mat Isa

10. Noor Hayati binti Yusof

11. Nor Hanawati Alinda binti Abd Taib

12. Farissma binti Reping

13. Muhammad Khairul Afiq bin Jamili

Pengerusi majlis guru : Puan Nurliza binti Ab Rahman

Bacaan doa : Muhammad Haziq bin Mohd Amir (5 Windows)

Bacaan Ikrar Murid : Kaashif Nur Kihara binti Ahmad Fadhlan (6 Vivo)

Tema ucapan : Hormat-menghormati

Maksud - Pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan.

Dua jenis hormat yang difokus.

1. Hormat kepada diri sendiri

    - Berpakaian sopan

    - Bercakap sopan

    - Menjaga tingkah laku

    - Menjaga keselamatan diri

    - Menjaga kebersihan diri

2. Hormat kepada guru

    - Memberi salam dan senyuman apabila berjumpa guru tanpa mengira guru tersebut mengajar kita ataupun tidak.

    - Berdiri tegak ketika guru masuk ke kelas dan memberi salam.

    - Mohon maaf sekiranya melakukan kesalahan.

Antara kebaikan menghormati guru:

    - Mendapat ilmu yang berkat.

    - Mudah mengingati ajaran guru.

    - Memperoleh kejayaan.


Guru-guru kumpulan F yang bertugas minggu ke-24
                        
Dari kanan Pengerusi majlis Murid : Zara Nur Iman binti Zainal Adnan (5 Solaris), bacaan Ikrar Murid : Kaashif Nur Kihara binti Ahmad Fadhlan (6 Vivo), konduktor nyanyian lagu : Orked Amani binti Mohd Radzuan (6 Oppo), bacaan doa oleh Muhammad Haziq bin Mohd Amir (5 Windows)

Ucapan guru bertugas :

Puan Nurliza 
 
Sesi Penyampaian Medal dan Sijil Pada 18 September 2021(Isnin) bertempat di Dewan Perdana

1. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Selangor 2023
Tarikh : 11- 13 September 2023
Tempat : Stadium Kota Raja, Klang

Pungutan pingat keseluruhan : 
Emas - 8
Perak - 7
Gangsa - 8

Arina Syazwani binti Adam Budiman (6 Lenovo - Inklusif Penuh)
Acara : Lontar Peluru BP P12
Kejayaan : Pingat Perak

Arina Syazwani binti Adam Budiman
bergambar bersama pentadbir dan YDP PIBG                                      

2. Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 
Tarikh : 14 September 2023

Kejayaan 
Tempat ke-8 (Individu)
Tempat ke-3 (Berkumpulan)

Nama Peserta Lelaki
1. Ammar Arif Fahmi bin Muhammad Zaidi (6 Lenovo)
2. Aidil Haikal bin Azri (6 Lenovo)
3. Khairul Arsyad bin ........ (6 Nokia)
4. Malique Fahmi .........(5 Nitruk)

Nama Peserta Perempuan 
1. Nur Ellyana Maisarah ......... (5 Windows)
2. Siti Aliya .......(4 Zircon)
3. Nur Farisya Balqis ..... (4 Zircon)
4. Nur Hawani bin ........ (6 Huawei)


 Peserta Lelaki Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 2023 bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum, YDP PIBG dan jurulatih

Peserta Perempuan Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang 2023 bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum, YDP PIBG dan jurulatih

3. Penyampaian Medal dan Sijil : Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) 
Tarikh berlangsung : 11 hingga 14 September 2023
Tempat : Stadium Mini SMK USJ 23, Subang Jaya

Nama Peserta :
1. Muhammad Aqriem Addin bin Latip (6 Neffos)
2. Nur Dayana Qamelia binti Nasrol Nizam (6 Iphone)



Atlet olahraga bergambar bersama para pentadbir, YDP PIBG, dan jurulatih bergaya bersama medal dan pingat masing-masing

Pada 19 September 2023 (Selasa) 

1. Terdapat Program Bersama SPeKAR (Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Eksperian). Guru-guru boleh membuat semakan pemotongan gaji melalui ANGKASA secara terperinci. Butiran progam ini seperti berikut: 

Tarikh : 19 hingga 21 September 2023 
Hari : Selasa hingga Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang 
Tempat : Laluan Patriotik

2. Kursus Asas Komunikasi dan Kesedaran Kendiri seperti berikut:

Tarikh : 19 September 2023
Hari : Selasa 
Masa : 11:30 pagi hingga 12:50 tengah hari
Tempat : Terminal Tarabait
Sasaran : Semua PRS Tahun 4, 5 dan 6

3. Latihan Kawad Kaki Badan Beruniform 
Tarikh : 19 hingga 22 September 
Hari : Selasa hingga Jumaat 
Masa : 7:30 hingga 8:30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Latihan kawad kaki badan beruniform


Pada 20 September 2023 (Rabu) pasukan Ragbi mengadakan Klinik Pembangunan Ragbi Peringkat Sekolah. Berikut lokasi stesen.

Stesen 1 : Ragbi, Sepak Takraw, Ping Pong
Stesen 2 : Hoki dan Badminton
Stesen 3 : Catur dan Olahraga
Stesen 4 : Bola Baling dan Bola Jaring
Stesen 5 : Kriket dan Bola Sepak

Murid-murid sedang melakukan aktiviti mengikut stesen 


Pada 22 September 2023 
Kem Cemelang Jawi SK Taman Putra Perdana
Hari : Jumaat 
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Surau Raudatul Ilmi
Sasaran : Murid Tahun 4


Murid-murid terpilih daripada Tahun 4 sedang mengikuti Kem Cermelang Jawi
di Surau Raudadul Ilmi

Pada 22 September 2023 

Majlis Pelancaran Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Memacu Anak Yang Baik Lagi Cerdik
Hari : Jumaat 
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Terminal Muafakat
Sasaran : Murid Tahun 6 Vivo, 6 Sony, dan 6 Samsung


Murid-murid terpilih daripada Tahun 6 sedang mengikuti live streaming bersama Puan Juli binti Mahbah di Terminal Muafakat

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas (Kumpulan F) pada minggu ini kerana dapat menjalankan tugasan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

Azlina binti Mat Isa

Tuesday, September 19, 2023

Kursus Asas Komunikasi & Kesedaran Kendiri 2023

Sasaran : Semua PRS Tahun 3 - 6
Tarikh    : 19 September 2023 (Selasa)
Tempat  : Terminal Terabait, SKTPP
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling


Friday, September 15, 2023

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia


Hari Kebangsaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah merupakan pengantara utama kerajaan dalam mendidik dan membina semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan murid-murid.

Peristiwa kemerdekaan dan penubuhan Malaysia merupakan dua peristiwa penting bagi rakyat Malaysia. Bagi menghayati semangat patriotik dalam kalangan murid-murid, pihak sekolah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat sekolah. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan tentang pengetahuan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan. Secara tidak langsung,  menerapkan semangat cinta dan sayang akan negara kita.


Antara pertandingan yang dijalankan ialah:

                Tahun 

                a) Tayangan Video Kemerdekaan (Sejarah)
                b) Memperagakan Pakaian Kebangsaan Rakyat Malaysia (Muzik)
                c) Mewarna Poster Bertema Kemerdekaan (Pendidikan Moral)
                d) Mewarna Poster (Bahasa Tamil)


Tahun 2 


                a) Tayangan video Kemerdekaan (Sejarah)
                b) Memperagakan Pakaian Kebangsaan Rakyat Malaysia (Muzik)
                c) Mewarna Poster Bertema Kemerdekaan (Pendidikan Moral)
                d) Mewarna Poster (Bahasa Tamil)

Tahun 


                a) Tayangan Video Kemerdekaan (Sejarah)
                b) Memperagakan Pakaian Kebangsaan Rakyat Malaysia (Muzik)
                c) Mewarna Poster Bertema Kemerdekaan (Pendidikan Moral)
                d) Mewarna Poster (Bahasa Tamil)


Tahun 


a) Menghias Kelas Bertemakan Kemerdekaan (Sejarah)

b) Tayangan Video Kemerdekaan dan Kuiz (Sejarah)

c) Menghasilkan Buku Skrap (Sejarah)

d) Koir Kumpulan (Muzik)

e) Melukis dan Mewarna Poster Kemerdekaan (Pendidikan Moral )

f) Tulisan Tamil Cantik dan Kemas Bertema Kemerdekaan (Bahasa Tamil)

 

Tahun 


a) Menghias Kelas Bertemakan Kemerdekaan (Sejarah)

b) Tayangan Video Kemerdekaan dan Kuiz (Sejarah)

c) Menghasilkan Buku Skrap (Sejarah)

d) Koir Kumpulan (Muzik)

e) Melukis dan Mewarna Poster Kemerdekaan (Pendidikan Moral )

f) Tulisan Tamil Cantik dan Kemas Bertema Kemerdekaan (Bahasa Tamil)

 

Tahun 


a) Menghias Kelas Bertemakan Kemerdekaan (Sejarah)

b) Tayangan Video Kemerdekaan dan Kuiz (Sejarah)

c) Menghasilkan Buku Skrap (Sejarah)

d) Koir Kumpulan (Muzik)

e) Melukis dan Mewarna Poster Kemerdekaan (Pendidikan Moral )

f) Tulisan Tamil Cantik dan Kemas Bertema Kemerdekaan (Bahasa Tamil) 


Prasekolah


a) Memperagakan Pakaian Bertema Kemerdekaan

b) Mewarna Bertemakan Kemerdekaan

c) Membaca Sajak Bertema Kemerdekaan


PPKI


a) Memperagakan Pakaian Bertema Kemerdekaan

b) Mewarna Poster Kemerdekaan

                 


Setelah melaksakan pelbagai aktiviti yang dirancang, maka satu majlis diadakan sebagai Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 15 September 2023. Majlis sambutan penuh gilang-gemilang dan berwarna-warni bagi menghargai murid-murid yang menjayakan sambutan bulan kemerdekaan.

Senarai pemenang pertandingan:


Pakaian Beragam Prasekolah Orkid (Lelaki)


1. Wan Muhammad Arqam bin Wan Mohd Shukri

2. Muhammad Aerial Aidan bin Mohamad Redzuan

3. Muhammad Ukasyah bin Alias


Pakaian Beragam Prasekolah Orkid (Perempuan)

1. Syafia Annisa binti Shahearie

2. Nur Afifah Amani binti Hafizuddin

3. Mawar Illyiana Shia Aisyah Zalikha binti Abdul Hadi


Pakaian Beragam Prasekolah Tanjung (Lelaki)

1. Mohammad Afiq Adham bin Mohammad Abdullah

2. Aria Emran bin Mohammad Syahrul Azlan

3. Muhammad Abid Alauddin bin Nor Ahmadi


Pakaian Beragam Prasekolah Tanjung (Perempuan)

1. Nur Azalee binti Ahmad Abduzar

2. Adra Aisyah Sofea binti Zaidi

3. Airis Sofia binti Tun Seri Lanang


Pakaian Beragam Prasekolah Mawar 

1. Nufa Nurmedinah binti Aliyas

2. Nuraisya Adriana binti Mohd Salleh

3. Nur Iman Sumatra binti Muhammad Ikhmal


Pakaian Beragam Prasekolah Cempaka

1. Nur Najihah Syuhadah Tayong binti Muhammad Aliff Tayong

2. Muhammad Aryan Mikael bin Arifuddin

3. Nur Khadeeja Arisha binti Faizul


Membaca Sajak Prasekolah Mawar

1. Issa Dhia Ayna binti Husni

2. Muhammad Amir Shazwan bin Mohd Amirul Firdaus

3. Hadi Hadrith bin Hamidon


Membaca Sajak Prasekolah Cempaka

1. Ayaz Hafiz bin Muhammad Shaiful Anas

2. Nur Khadeeja Arisha binti Faizul

3. Nur Najihah Syuhadah Tayong binti Muhammad Aliff Tayong


Mewarna Prasekolah Mawar

1. Putri Inas binti Abdul Hafiz

2. Nur Daneen Zara Aeisyaa binde Azul Effendi

3. Nurizz Shia Alisya binti Mohd Abdullah


Mewarna Prasekolah Cempaka

1. Nur Najihah Syuhadah Tayong binti Muhammad Aliff Tayong

2. Aaron Affan bin Afiq

3. Siti Aisha binti Mohd Shuhamizan


Pakaian Beragam Tahun 1

1. 1 Polyster

2. 1 Jersey

3. 1 Satin


Tarian Tahun 2

1. 2 Volkswagen

2. 2 Lamborghini

3. 2 Daihatsu


Koir Tahun 3

1. 3 Merpati

2. 3 Tempua

3. 3 Camar


Koir Tahun 4


1. 4 Topaz
2. 4 Amber
3. 4 Turquoise

Koir Tahun 5

1. 5 Windows
2. 5 Unix
3. 5 Fedora

Koir Tahun 6

1. 6 Vivo
2. 6 Nokia
3. 6 Neffos

Keceriaan Kelas Tahun 4

1. 4 Amber
2. 4 Topaz
3. 4 Sapphire

Keceriaan Kelas Tahun 5

1. 5 Android
2. 5 Debian
3. 5 Nitrux

Keceriaan Kelas Tahun 6

1. 6 Samsung
2. 6 Vivo

3. 6 Oppo


Berikut adalah coretan sepanjang majlis berlangsung.





Semoga usaha yang kecil ini dapat menerapkan semangat cintakan negara dalam setiap jiwa warga sekolah dan seterusnya memberikan manfaat kepada anak bangsa.