... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, December 8, 2023

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023

SK Taman Putra Perdana telah berjaya melaksanakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berdasarkan surat pekeliling, No.Ruj: KPM.600-17/1/45 Jld 2 (5) yang bertarikh 18 September 2023. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Pemerkasaan PBS telah bermula pada sesi akademik 2022/2023. Konsep PPsi telah diperkenalkan pada tahun 2007. Fungsi PPsi adalah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. 

Di SK Taman Putra Perdana, taklimat ringkas mengenai Pentaksiran Psikometrik (PPsi) kepada semua murid dan guru telah dilaksanakan. Pentadbiran ujian PPsi kepada murid-murid juga dapat dijalankan seperti jadual  berikut:

TAHUN

TARIKH TAKLIMAT PPsi

TARIKH UJIAN PPsi

4

25 September 2023

26 September 2023

5

4 Oktober 2023

5 Oktober 2023

6

5 Disember 2023

8 Disember 2023

Sasaran Pentaksiran Psikometrik (PPsi):

1) Semua murid Tahun 6 : 352 orang murid

2) Semua murid Tahun 5 : 344 orang murid

3) Semua murid Tahun 4 : 382 orang murid

4) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) : 11 orang murid

Jadual Pentaksiran Psikometrik:

Laporan lanjut Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Monday, December 4, 2023

Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SK Taman Putra Perdana)

Tanggal 4 Disember 2023 merupakan hari yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna. SK Taman Putra Perdana meraikan majlis yang bersejarah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan. Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" dilaksanakan untuk meraikan insan tersayang iaitu Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana yang mengakhiri perkhidmatannya di sekolah ini. Pastinya beliau banyak meninggalkan kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah yang tercinta ini. Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa Puan Hajah Rohaidah sehingga tidak mampu kami membalasnya. 

      Jasamu dikenang,

      Budimu tidak terbilang,

      Semangatmu dijulang,

      Kepimpinanmu gemilang. 

Begitulah yang boleh dikatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Pn. Hajah Rohaidah binti Moh Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun yang tersirat telahpun tersurat. Kami mendoakan semoga Puan Hajah Rohaidah akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta. Selamat bersara Puan Hajah Rohaidah. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori sepanjang zaman. 

Pakat bersama menunggang kuda,

Biarpun seketika masanya cuma,

Sisihkan sengketa kiranya ada, 

Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

        Anak Cina main gelombang,

        Terlihat jauh di Tanjung Jati;

        Puan umpama bunga yang kembang,

        Sentiasa hidup di dalam hati.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.  

Pautan Buku Program, sila klik di sini.

Teks Biodata Persaraan Pn. Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, sila klik di sini.

Persembahan multimedia Majlis Persaraan "Sanjungan Budi Srikandi Sejati" Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, sila klik di sini.

Lensa kamera dan video sepanjang majlis berlangsung:
























 










Gimik mengetik punch card terakhir Puan Guru Besar


Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kami seluruh warga SKTPP. 
Semoga bertemu lagi.