... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 22, 2024

Majlis Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’

 

Pada 22 April 2024, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ di Dewan Perdana SKTPP.

Puan Arnny memberikan taklimat kepada murid sesi petang


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji selaku Guru Perpustakaan & Media SKTPP. Beliau memberi ucapan ringkas berkaitan dengan program hari ini.


Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Perasmian. Barisan Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Puan Azizah binti Mokhlas (Guru Penolong Kanan Kurikulum), Datin Nuraizah binti Dun (Guru Penolong Kanan HEM) dan juga Puan Fauziah binti Solehuddin (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) bersama-sama dalam menyempurnakan Gimik  Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS), Fokus 10 Minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen- ‘T10’.



Gimik memasukkan wang ke dalam tabung oleh Puan Rozimah di sesi petang





Pengawas Pusat Sumber turut membantu semasa perasmian

Semoga dengan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS),Fokus 10 minit ‘FoS’ dan Pelancaran Dana Tabung 10 sen - ‘T10’ dapat meningkatkan minat murid-murid dalam  membudayakan aktiviti membaca dan melahirkan sikap suka menderma dalam kalangan warga sekolah.

Friday, April 19, 2024

 Laporan Guru Bertugas Minggu Ke -5 (Sesi Petang)


 Tarikh : 15 April hingga 19 April 2024
 Kumpulan : E

 Senarai nama Guru bertugas :         

  1.        Mohd Hadri bin Ag Idris  (K)
  2.        Suriyana binti Salim@Nanyang (P)
  3.        Afandi bin mat Zain
  4.        Ummu Athiah binti Haji Hashim
  5.        Ranjiny a/p Rajah
  6.        Nor Holwani binti Yahaya
  7.        Nur Wahidatuldinah binti Hassan
  8.        Nornadzirah binti Abd Rahim
  9.        Nor Saadah binti Abd Halim
  10.        Saliza binti Mohd Osman


Barisan Guru Bertugas Kumpulan E



1. Info Perhimpunan Rasmi

  Tarikh           : 19 April 2024

   Hari             : Isnin

   Masa            : 1:00 petang

   Tempat        : Dewan Perdana

   Tema           : Unit Beruniform


  Juruacara ( Guru) : Puan Ummu Athiah binti Hashim

  Konduktor 3 Buah Lagu : Puan Nor Malisha binti Omar

  Pembaca Doa : Muhammad Habib Firas bin Muhd Herman- pengawas ( 3 Volkswagen)

  Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya :  Puan Ummu Athiah binti Hashim

  Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Habib Firas bin Muhd Herman- pengawas ( 3 Volkswagen)

  Laporan Mingguan Ke-4 : Puan Nor Rafini binti Othman

  Tema Mingguan : Disiplin ke sekolah / ponteng

  Ucapan Pentadbir : Puan Rohaya binti Rosdi ( PK Petang )


    L.A.W.A.D:     

BM -  tutup bumi - tanaman yg ditanam untuk menutup lapisan tanah

BI  -  dragon - naga

BA  - To'aamon  - makan 

 

Lain-lain Pengumuman : 

Murid dinasihati untuk minum air yang banyak serta menjaga disiplin ketika berada di kawasan sekolah.


Gambar - gambar sekitar Perhimpunan







Disediakan oleh 

Puan Ranjiny Rajah

Kejohanan Merentas Desa 2024

Pada hari ini, Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana menganjurkan Kejohanan Merentas Desa dengan jayanya. Aktiviti Larian Merentas Desa adalah acara tahunan berdasarkan kalendar tahunan sukan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh semua murid Tahap 2 yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Maklumat lanjut mengenai Kejohanan Merentas Desa adalah seperti berikut: 

Tarikh: 19 April 2024

Hari: Jumaat

Masa: 7.30 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat: Taman Putra Perdana

Anjuran: Unit Kokurikulum SK Taman Putra Perdana

Objektif: 

1) Mengembangkan potensi dan mencungkil bakat sukan yang ada dalam kalangan murid Tahun 4, 5 dan 6 di SK Taman Putra Perdana. 

2) Memberi peluang kepada murid-murid menyertai aktiviti sukan dan beriadah secara positif. 

Pautan Buku Program, sila klik di sini.

Pelan Larian Merentas Desa SK Taman Putra Perdana :


Berikut merupakan gambar aktiviti yang sempat dirakamkan: 

Pautan dari Youtube, sila klik pada link pautan berikut:

Getah yang disediakan oleh penganjur untuk diserah kepada petugas di setiap checkpoint

Bersiap sedia menunggu para peserta Kejohanan  Merentas Desa


Air minuman kepada para peserta Kejohanan Merentas Desa



Petugas di garisan penamat

Bergambar kenangan bersama AJK Pencatat

Tahniah kepada barisan pemenang










Friday, April 5, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-4 (Sesi Pagi)

  • Tarikh: 1 April- 5 April 2024
  • Hari: Isnin- Jumaat
  • Minggu: 4
  • Tema pakaian: Merah
  • Tema ucapan mingguan: Disiplin 'Pakaian'
  • Kumpulan guru bertugas: Kumpulan D

  • Senarai guru bertugas:

      1. Murnei binti Ahmad 
      2. Faridatul-Akmal binti Ismail
      3. Mohd Rusydan bin Ismail
      4. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
      5. Noor Hayati binti Yusof
      6. Noor Hanawati Alinda binti Abd. Taib Puruji
      7. Rafidah binti Salleh
      8. Azwane binti Adnan  
      9. Jamilah binti Mohd Yusof
      10. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
      11. Astina binti Mahad Nor
      12. Nurul Nadirah binti Kamarulzaman


Minggu terus berlalu...

Tiba masanya giliran Kumpulan D pula memikul tanggungjawab guru bertugas untuk minggu ke-4  sesi persekolahan 2024/ 2025 (sesi pagi). Ribuan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, kerana sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dalam suasana disiplin murid-murid yang baik dan terkawal di bulan suci Ramadhan Al-Mubarak.

Cantik jambangan bersulam ranting,
 Lebat b
unganya di dalam bakul;
Andai ringan sama dijinjing,
Andai berat sama dipikul.

Jutaan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpahan rahmat, nikmat masa dan tenaga, Kumpulan D yang diketuai oleh Muallimah Murnei binti Ahmad dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik hasil gabungan tenaga guru-guru ahli kumpulan ini. 


Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan


1. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pagi hari Isnin akan diadakan Perhimpunan Rasmi Sekolah.  Anak-anak didik yang amat dikasihi kelihatan begitu bersemangat berkumpul dalam perhimpunan pagi ini.

  • Konduktor tiga buah lagu: Nazmina Azra binti Azrin Haizam (6 Windows).
  • Pembaca doa: Usaid bin Mohd Yusri (5 Topaz).
  • Pembaca Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya: Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.
  • Pembaca Ikrar Murid: Muhammad Hadif bin Muhammad Farizfairuzzam (6 Solaris).
  • Juruacara (Pengawas): Siti Aliya binti Muhamad Suhaizi (5 Zircon).
  • Juruacara: Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.


2. Ucapan guru bertugas minggu lepas ( laporan minggu ke-3): Puan Noriza binti Md Nor.

  • Tahniah diucapkan kepada semua murid kerana telah berusaha untuk menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.
  • Murid-murid diminta untuk mematuhi semua peraturan sekolah. Murid tidak dibenarkan membawa barang larangan termasuk mercun dan bunga api.
  • Pastikan keselamatan semasa keluar di pagar A dan B. Toleh kiri dan kanan dahulu semasa mahu keluar kereta. Angkat tangan dan lintas apabila kereta sudah berhenti.
  • Pastikan jaga segala harta benda  semasa berada di sekolah. Tulis nama untuk elakkan tertukar dengan kawan.
  • Secara keseluruhannya, keadaan sekolah pada minggu ke-3 adalah baik dan terkawal.


3. Ucapan guru bertugas: Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

En. Ahmad Tirmiezi memperkenalkan guru-guru bertugas minggu ke-4. Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan tentang tema minggu ini iaitu; 'Disiplin Pakaian'.

  • Tug in bagi murid lelaki, manakala murid perempuan hendaklah mengikat tocang secara kemas dan sopan bagi yang tidak bertudung.
  • Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:

 Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:

• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore


Selepas itu, guru bertugas menyampaikan perkataan L.A.W.A.D: 

1. BM

  Lopak

  - Lubang di tanah yang berisi air

2. BI

Abide

- Patuh

3. BA

Yaumul Miladi 

- Hari lahir


4. Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI (Encik Asrulafandi bin Ismail).

  • PK PPKI mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
  • Hikmah puasa di bulan Ramadhan:
    1. Meningkatkan ketaqwaan.
    2. Melatih kesabaran.
    3. Mengekang syahwat. 
    4. Melemahkan godaan syaitan.
    5. Menyihatkan hati dan badan. 
    6. Mengajarkan erti hidup sederhana.
    7. Mendorong rasa syukur.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa cuti  untuk Hari Raya Aidilfitri adalah selama seminggu.
  • Encik Asrulafandi mengingatkan murid-murid supaya menjaga keselamatan diri dan jangan bermain mercun.

Pada 5 April 2024 (Jumaat), telah dilaksanakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Dakwah SK Taman Putra Perdana. Program ini dapat menanam minat murid secara berterusan dalam Tilawah Al-Quran. Majlis yang indah ini telah berjaya dijalankan hasil sinergi guru-guru SK Taman Putra Perdana. Syabas dan tahniah diucapkan.


Lensa kamera yang disimpan sepanjang minggu bertugas Kumpulan D:


Barisan guru bertugas

Ucapan Encik Ahmad Tirmiezi



Pengawas bertugas

Laporan minggu ke-3 oleh Puan Noriza



Penyampaian Hadiah Johan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Selangor 2023

Ucapan PK PPKI, Ustaz Asrulafandi

Anak-anak yang Baik Lagi Cerdik




Kenangan terindah sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Dakwah SK Taman Putra Perdana


Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian si puteri;
Sempurna sudah amanah diberi,
Salah dan silap harap dimaafi.

Akhir kata, tugas guru bukan hanya sekadar mengajar. Tetapi, profesion guru sama seperti profesion lain yang mempunyai tanggungjawab tersendiri terutamanya peranan untuk menjaga keselamatan dan keselesaan murid-murid di sekolah.


Syukran jazilan diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertugas pada minggu ini kerana telah banyak menyumbang tenaga dalam melaksanakan amanah yang telah diberi. Semua masalah dapat diselesaikan dengan adanya kolaboratif sesama kami. 

Terima kasih...

  

Catatan laporan blog dinukilkan oleh;

Muallimah Faridatul-Akmal binti Ismail.