... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, December 13, 2024

Laporan Guru Bertugas Mingggu Ke – 38 (Sesi Petang)

Kumpulan : A

Minggu : 38

Tarikh : 9 - 13 Disember  2024

Tema : Mematuhi Peraturan Jalan Raya 

Senarai nama guru bertugas:

1. Encik Saifullah bin Mat Saupi (Ketua)

2. Cik Amalina binti Abd Hamid (Penolong)

3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

4. Puan Fadhilah binti Talib

5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

6. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

7. Puan Nor Farhani binti Mukhtar

8. Cik Azma Syamimi binti Awad

9. Cik Fatimah binti Abu Yamin


Minggu persekolahan minggu ke-38 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan A menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Minggu ini dimulakan dengan hari Isnin tetapi tiada perhimpunan rasmi pada kali ini. Waktu perhimpunan telah dijalankan program mentor mentee di kelas masing-masing.



Hari Selasa pada minggu ini telah berlangsung Sambutan Hari Lahir murid bagi bulan Julai – Disember. Terima kasih atas sumbangan dan perkongsian rezeki daripada guru-guru dan ibu bapa bagi menjayakan sambutan pada kali ini.




Hari Rabu pula merupakan cuti bagi semua warga sekolah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.  

Sesi persekolahan diteruskan seperti biasa pada hari Khamis dan Jumaat.


Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Thursday, December 12, 2024

Laporan Guru Bertugas Mingggu Ke – 37 ( Sesi Pagi)

Kumpulan : F

Minggu : 37

Tarikh : 02 Disember hingga 06 2024

Hari : Isnin

Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana

Tema Warna : Hitam / Kelabu


Senarai Nama Guru Bertugas:

  1. Nurzainon binti Razali (K)
  2. Nik Kamisah binti Mohamad Aziz
  3. Ajunanawati binti Ahmad Nuze
  4. Claudia Jacqueline Charles Nelson
  5. Mazzaini binti Muda
  6. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
  7. Norbaizura binti Nordin
  8. Wan Faizol bin Wan Mat
  9. Nor Hanim binti Ismail
  10. Daeng Mohd Fikhri bin Eyuki
  11. Pusparani A/P Ranasimgam

1. Juruacara (pengawas) :Putri Qaisara Alisya binti Mohamad Zahri (5 Zircon )

2. Konduktor 3 buah lagu : Nur Hana Maisarah binti Hamdan ( 6 Unix )

3. Pembaca doa : Muhammad Za’im Zayyad bin M Zai Abidin ( 6 Nitrux )

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara : Muhammad Hadif bin Mohd Fariz Fariruzazaman ( 6 Solaris )

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu ke-36 ) : Puan Fatin Huzzaika binti Abdul Aziz

6. Ucapan Guru Bertugas Semasa ( Minggu ke-37) : Puan Nurliza binti Ab Rahman

7. Tema Mingguan : Semangat Perpaduan Kaum

8. L.A.W.A.D : 

        BM : mengambil angin- bersir-siar untuk berehat

        BI : allege – mendakwa

        BA : darrajatun – basikal

9. Ucapan Pentadbir : Puan Jumilah binti Ahmad ( GPK Hal Ehwal Murid )


KEPUTUSAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU KE- 36

TAHUN 4

Ke-3        :  Merak

Ke-2        : Helang

Pertama    : Cenderawasih

 TAHUN 5

Ke-3        :  Turqoise

Ke-2         :  Amber

Pertama     : Diamond

 TAHUN 6

Ke-3        :  Nitrux

Ke-2         :  Windows

Pertama :  Mandriva

 PPKI

Ke-3        :  Squash

Ke-2           :  Petanque

Pertama    :  Polo

 PRA SEKOLAH

Ke-2         : Cempaka

Pertama     : Mawar













Disediakan oleh ,
Puan Nik Kamisah Binti Mohamad Aziz








Wednesday, December 11, 2024

Sambutan Hari Lahir Murid (Julai-Disember) dan Jamuan Akhir Tahun 2024


 Hari  Selasa

 Tarikh: 10 Disember 2024

 Tempat: Kelas 

I. Pendahuluan
Program Hari Lahir Murid merupakan salah satu aktiviti yang diselenggarakan di sekolah untuk merayakan ulang tahun kelahiran murid yang jatuh pada bulan tersebut. Begitu juga jamuan akhir tahun yang telah disambut sebagai kenangan terakhir murid-murid  bersama guru kelas mereka dan guru mata pelajaran. Aktivit ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan kebahagiaan kepada murid, mengeratkan hubungan murid bersama rakan-rakan dan murid bersama guru, serta menciptakan suasana positif  dipersekitaran sekolah.

II. Tujuan Program

  1. Menghargai dan merayakan hari lahir setiap murid pada bulan tersebut.
  2. Mengeratkan hubungan antara murid, guru, dan staf sekolah.
  3. Menumbuhkan rasa kebersamaan dan saling mendukung antara sesama murid.
  4. Meningkatkan rasa syukur dan positif dalam diri murid.

III. Rangkaian Acara
Berikut adalah aktiviti dalam Program Hari Lahir Murid dan Jamuan Akhir Tahun:

  1. Pembukaan
    Acara dimulai dengan pembukaan oleh Guru Kelas
  2. Doa Bersama
    Doa bersama dipimpin oleh ketua kelas.
  3. Pemotongan Kek Ulang Tahun
    Semua murid yang sambut hari lahir pada bulan tersebut akan dipanggil ke depan untuk memotong kek ulang tahun bersama-sama. Kek ulang tahun ini memberi simbolik kepada setiap murid yang merayakan ulang tahun kelahiran.
  4. Sesi Photo Bersama
    Aktiviti diteruskan dengan mengambil gambar bersama murid-muird, guru kelas dan guru pembantu untuk mengabadikan kenangan tersebut.
  5. Penutupan
    Aktiviti ini ditutup dengan jamuan akhir tahun sesi 2024/2025.

Berikut Antara Gambar Kenangan Sesi Pagi dan sesi Petang:-












Kesimpulan
Program Hari Lahir Murid dan Jamuan Akhir Tahun adalah aktiviti yang dijalankan dengan penuh rasa gembirai juga menitipkan nilai-nilai kebersamaan, rasa syukur, dan kebahagiaan dalam lingkungan sekolah. Dengan adanya aktiviti ini, diharapkan dapat mencipta suasana yang lebih harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.


Disediakan oleh: Salmi binti Adnan

Thursday, December 5, 2024

Program Apresiasi Haiwan Eksotik Tahun 2024

 

BUKU PROGRAM

Dalam usaha untuk meningkatkan peratus kehadiran murid pasca UASA, satu inisiatif dicadangkan melalui aktiviti apresiasi haiwan eksotik hasil kerjasama unit HEM dan PIBG SKTPP. Aktiviti ini untuk menarik minat murid agar lebih bersemangat hadir ke sekolah dan melalui program ini juga, murid-murid berpeluang berinteraksi dengan haiwan dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik.

Selain itu, program ini mampu memberi peluang untuk murid mendapatkan ilmu secara nyata dengan melihat, memegang, menyentuh, bermain serta tidak ketinggalan pengalaman memberi makan kepada haiwan dalam pameran tersebut.

Lebih 100 ekor haiwan dipamerkan dalam pameran tersebut dan apa yang menyeronokkan lagi, murid-murid boleh merakamkan gambar bersama haiwan sebagai kenang-kenangan pada masa akan datang. Keterujaan jelas terpancar melalui riak wajah murid-murid sepanjang pameran berlangsung.

Berikut momen-momen yang boleh disaksikan sepanjang 2 hari program berlangsung :

See and touch

Masing-masing ingin mencuba memegang ular😑

Alpakar yang ditunggu-tunggu

Selain melihat pameran, sesi bergambar pun ada

Cikgu-cikgu tidak melepaskan peluang bergambar dengan haiwan-haiwan ini

Lagi koleksi gambar di dalam pautan youtube.Boleh klik link di bawah

1. Pameran Haiwan Eksotik 1

2. Pameran Haiwan Eksotik 2

Friday, November 29, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu ke - 35 ( Sesi Pagi)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Guru Bertugas Kumpulan E

1. Pn. Norayuni binti Ab Fattah

2. Pn Azwani binti Mohamed Nordin

3. Pn Azlina binti Mat Isa

4. Pn Syahirah binti Tumar

5. Pn Rosmawati binti Md Desa

6. Pn Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim

7. Pn Fatin Huzaika binti Abdul Aziz

8. Pn Shahrul Rozaina binti Jelani

9. Pn Nurul Iman binti Illyas

10. Ustaz Zurilazman bin Abdullah

11. En Ahmad Zabair bin Hj Mohamed Taib

12. En Mohd Shauqi



Berikut adalah beberapa aktiviti / program yang telah berlangsung dengan jayanya sepanjang minggu ke 35

Perhimpunan Rasmi Mingguan



Majlis Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah. Majlis dirasmikan oleh Sub Inspektor Haniza Hanis binti Jaafar dari Unit Siasatan Jenayah IPD Sepang.







Program Melangkah ke Alam Remaja (MEKAR). Program yang dibuat khusus untuk murid tahun 6 sebagai pendedahan kepada  murid yang akan melangkah ke sekolah menengah menghadapi alam remaja.





Sorotan sekitar kehadiran dan pulang murid murid















Wednesday, November 27, 2024

Majlis Aku Janji, Santuni Asnaf & Keibubapaan Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ) Tahun 2024

Pada hari Rabu bertarikh 27 November 2024 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya Majlis Aku Janji, Santuni Asnaf dan Keibubapaan anjuran Lembaga Zakat Selangor iaitu Program Sekolah Angkat Zakat Selangor (PROSAZ).  PROSAZ ialah satu program pembangunan LZS di bawah skop pendidikan generasi kedua, melalui geran sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti dan kelas tambahan yang boleh membantu pelajar asnaf dari aspek akademik, jati diri dan sahsiah. 

    Butiran Perlaksanaan Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 November 2024 (Rabu)
 Masa  : 8.00 - 9.45 pagi (sesi pagi)
              2.00 - 3.45 petang (sesi petang)
Tempat : Dewan Perdana SKTPP 

    Alhamdulillah, sambutan dan kehadiran semua ibubapa dan penjaga semua murid asnaf Tahun 1 hingga 6 SK taman Putra Perdana yang disenaraikan oleh Pusat Lembaga Zakat Selangor sangat menggalakkan. Hampir keseluruhan mereka hadir memenuhi kerusi yang disediakan bagi mendengar maklumat berkaitan PROSAZ.

    Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.

Perjalanan program sesi pagi 

Pn. Nurliza binti Rahman selaku pengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid 

Pn. Jumilah selaku PK HEM memberikan ucapan


Pn. Nor Arzah memberikan taklimat berkaitan PROSAZ

Murid-murid tekun mendengar penerangan tentang PROSAZ


Pn. Nor Arzah membimbing murid-murid bacaan ikrar dan aku janji




Selesai majlis aku janji, semua yang terlibat di dewan bergambar bersama-sama dan ibubapa bersurai. Murid-murid pula di bawa ke kantin dan diberikan makanan yang telah disediakan. 

Guru mengagihkan makanan kepada murid PROSAZ


Murid-murid menjamu selera


Perjalanan program sesi petang


Pn. Sidratul Ayuni dan Ustazah Fadhilah

Ibubapa mengisi kehadiran 

Murid dan ibubapa yang hadir dalam program PROSAZ



Ustaz Ab Hafiz mengendalikan siaraya sepanjang program berlangsung

Ustazah Nor Rafini sedang mengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Ab Hafiz

Pn. Jumilah bt Ahmad, PK HEM menyampaikan ucapan aluan



Ustazah Siti Aisyah menyampaikan taklimat PROSAZ

Ustazah Siti Aisyah membimbing bacaan ikrar dan aku janji




Selesai majlis aku janji, semua yang terlibat di dewan bergambar bersama-sama dan ibubapa bersurai. Murid-murid pula di bawa ke kantin dan diberikan makanan yang telah disediakan. 

Murid-murid berbaris mengambil makanan masing-masing



Ceria mendapat makanan masing-masing



Laporan disediakan oleh;

Pn. Nor Saadah binti Ab Halim
Pn. Noorayuni binti Ab Fatah