... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 30, 2025

Kejohanan Bola Jaring MSSD Sepang 2025

Tarikh : 23 - 25 Julai 2025

Tempat : ARENA Bandar Baru Salak Tinggi

Pencapaian : Johan MSSD Sepang 2025

Senarai pemain pasukan:

  1. Nur Farisya Balqis binti Abdullah (6 Zircon)
  2. Puteri Nadiah Zafirah binti Zabidi (6 Zircon)
  3. Izz Zara Wafiyya binti Mohd Herman (6 Zircon)
  4. Qaisara Mardhiah binti Fauzi (6 Zircon)
  5. Nur Aira binti Mohd Zulkhibri (6 Zircon)
  6. Naqia Sofiea binti Sarfraz (6 Zircon)
  7. Nur Raisya Delina binti Rusdi (6 Topaz)
  8. Nur Ariqa Zahra binti Aslizal (6 Turqouise)
  9. Nurul Qirratul Ramadhani Alieesya binti Badrul (6 Turqouise)
  10. Nur Hannah Humairah binti Shukrul Amri (6 Emerald)
  11. Nur Sofia Delisya binti Irwan (5 Rajawali)
  12. Putri Balqis Nursyafiqa binti Samsul Absari (5 Rajawali)

Keputusan Kejohanan

Johan              -     SK Taman Putra Perdana
Naib Johan     -     SK Cyberjaya
Ketiga            -     SK KLIA

Jaringan 

Suku Akhir 
SKTPP vs SK Salak              9 - 2

Separuh Akhir     
SKTPP vs SK Dengkil      -     9 - 2    

Akhir 
SKTPP vs SK Cyberjaya   -     9 - 6


Sekitar majlis penyampaian hadiah oleh En Mohd Izzuddin bin Yoob

Nur Farisya Balqis binti Abdullah
GA
Penjaring Terbaik 

Puteri Nadiah Zafirah binti Zabidi
C
Pemain Terbaik Kejohanan

Naqia Sofiea binti Sarfraz
GD

Nur Aira binti Mohd Zulkhibri
WD

Izz Zara Wafiyya binti Mohd Herman
WA

Nur Ariqa Zahra binti Aslizal
C

Nur Raisya Delina binti Rusdi
GK

Qaisara Mardhiah binti Fauzi
GK

Putri Balqis Nursyafiqa binti Samsul Absari
GS

Nur Sofia Delisya binti Irwan
GA/GS

Nur Hannah Humairah binti Shukrul Amri
GK

Nurul Qirratul Ramadhani Alieesya binti Badrul
GK

Majlis penyampaian hadiah di sekolah

Pasukan bersama trofi kemenangan

Menunggu pengumuman 

Johan 

Kenangan bersama 












Monday, July 14, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-21 SESI 2025 [ SESI PETANG ]

 

Kumpulan Bertugas: B

Minggu: 21

Tarikh: 14/7/2025 hingga 18/7/2025


Senarai Nama Guru Bertugas :

1. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh  (K)

2. Nor Azean binti Ahmad (P)

3. Zalina binti Ismail

4. Maizara binti Mahat

5. Suphasara Supranie a/p Airak

6. Siti Fatimah binti Abu Yamin

7. Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud

8. Rohani binti Mansor

9. Shurhama binti Ahmad

10. Suziana binti Mohd Makhtar



Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-21

Hari: Isnin

Masa: 1.00 petang - 1.30 petang

Tempat: Dewan Perdana

Tema: Unit Beruniform

Pengacara Majlis : Nur Afifa Humaira binti Mohd Fairus (3 Satin)

Pembaca Ikrar: Muhammad Al Fateh bin Mohd Iezuwar (3 Wool)

Pembaca Doa: Andi Muhammad Harraz bin Hamizi (3 Wool)


Kumpulan bertugas (B)



Pengacara majlis, Cikgu Suphasara Supranie dan Nur Afifa Humaira.


Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Mingguan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS MINGGU 20

Tahun 1 
🥇INOVATIF
🥈OPTIMIS
🥉BITARA


Tahun 2
🥇 IRELAND 
🥈ENGLAND
🥉 DENMARK 


Tahun 3
🥇WOOL
🥈DENIM
🥉 POLYESTER 


🏆🏆🏆 Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Majlis Peluncuran Pembugaran Nilam

Taklimat disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji, Guru Perpustakaan dan Media


Majlis Perasmian Peluncuran Pembugaran Nilam telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mohd Izzudin bin Yoop.


Guru Besar  memberi ucapan penutup.


Perhimpunan tamat pada jam 1.40 petang.

Monday, July 7, 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Januari Hingga Jun 2025

Sambutan hari lahir merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk menghargai dan meraikan hari istimewa setiap murid di sekolah. Ia bertujuan untuk membina semangat kebersamaan dan menjadikan murid berasa dihargai dan disayangi. Aktiviti ini juga dapat menyemai nilai murni seperti kasih sayang, saling menghormati dan kegembiraan dalam kalangan murid.

Pada 7 Julai 2025 (Isnin), SKTPP sepakat untuk mengadakan sambutan hari lahir murid kali pertama untuk tahun ini. Sambutan dilaksanakan dalam suasana sederhana tapi meriah. Terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi berkongsi rezeki dengan murid-murid di SKTPP.







Friday, July 4, 2025

Ziarah Cakna Siri 1 & 2 Tahun 2025

Program Ziarah cakna merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.

Dalam konteks sekolah, Program Ziarah Cakna merupakan satu inisiatif sekolah dengan kerjasama PIBG untuk mempererat hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga. Selain mengenal pasti isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan dan kehadiran murid.

Melalui pendekatan turun padang, guru bersama pentadbir serta jawatankuasa terlibat akan menziarahi rumah murid-murid yang memerlukan perhatian terutamanya yang mempunyai masalah kehadiran, potensi akademik rendah atau latar belakang keluarga yang mencabar. Program ini bukan sahaja menyampaikan mesej keprihatinan sekolah, malah menjadi platform untuk menyelami realiti kehidupan murid serta mencari jalan penyelesaian secara bersama sokongan komuniti

Berikut laporan bergambar aktiviti lawatan ke rumah murid Siri 1 & 2

Siri 1 : 

Tarikh    : 20 Jun 2025 (Jumaat)
Masa     : 3.00 petang
Tempat : Nusa Putra

Kehadiran :
1. Pn Jumilah binti Ahmad (PK HEM)
2. Pn Rozimah binti Yaakob (GBKSM)
3. Cik Nurulhuda Amirah binti Mohd Rafi (GBKSM)
4. Cik Fatimah binti Abu Yamin (Guru Kelas 1 Argentina)
5. Pn Nor Maziah binti Abd Malek (Guru Pemulihan Khas)
6. Pn Sasira binti Nordin (AJK PIBG)





Siri 2 :

Tarikh    : 4 Julai 2025 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang
Tempat : Apartmen Anggerik

Kehadiran :
1. Pn Jumilah binti Ahmad (PK HEM)
2. Pn Nor Arzah binti Hussin (GBKSM)
3. En Daeng Mohd Fikri bin Eyuki (GBKSM)
4. Pn Rozimah binti Yaakob (GBKSM)
5. Cik Nurulhuda Amirah binti Mohd Rafi (GBKSM)
6. Pn Norhanim binti Ismail (Guru Kelas 5 Camar)








Semoga lawatan ini mendapat penyelesaian daripada segala kesulitan dan sekali gus memberi impak kepada murid. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sokongan padu daripada pentadbir dan JK PIBG didahului dengan ucapan terima kasih.


Monday, June 30, 2025

Kursus Pemimpin Muda SKTPP Tahun 2025

Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimipin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru.Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai pengawas, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua kelas.Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinan dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

    Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugasan harian.Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapatkan kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. 


Objektif :
  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi sarta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Tujuan Program :
  • Persediaan fizikal, mental dan emosi perlu diberikan kepada barisan pemimpin ini,supaya sentiasa bersedia dalam memimpin diri dan organisasi ke arah kebaikan sekolah.
  • Sikap yang baik dan disiplin diri perlu ditunjukkan oleh para pemimpin yang dipilih ini kerana ia penting ke arah kecemerlang tugas mereka.
  • Dapat membantu mewujudkan semangat berpasukan dan saling bantu membantu dalam menjalankan tugas, membantu guru-guru, mengawal disiplin murid-murid.
 **Pautan buku program Kursus Pemimpin Muda SKTPP 2025 : https://anyflip.com/vuuci/zjea

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program berlangsung :-
 





































Diharapkan pemimpin muda sekolah kita dapat mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah ,dedikasi dan penuh tanggungjawab untuk menjalankan tugasan masing-masing.

Sekian terima kasih.