Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. Mulai tahun hadapan (2011) KSSR yang merupakan kurikulum KBSR yang telah diperkukuh dan ditambah baik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Berikut ialah mata pelajaran dan peruntukan masa KSSR yang akan dilaksanakan di sekolah ini berdasarkan kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
Modul Teras
1. Bahasa Malaysia (360 minit / 12 masa)
2. Bahasa Inggeris (300/10)
3. Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (180/6)
4. Pendidikan Jasmani (60/2)
5. Pendidikan Kesihatan (30/1)
6. Matematik (180/6)
Modul Teras Tema
7. Dunia Seni Visual (60/2)
8. Dunia Muzik (30/1)
9. Dunia Sains dan Teknologi (60/2)
Modul Elektif
10. Bahasa Arab (90/3)
11. Perhimpunan (30/1)
Jumlah minit: 1380 (46 masa)
- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11 2010 bertarikh 14 Oktober 2010 - Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rednah Tahap Satu mulai 2011
No comments:
Post a Comment