Hari : Isnin
Tarikh : 09 Januari 2012
Masa : 7.30 – 8.00 pagi
Guru bertugas :-
1. En. Jamilullail
2. Pn. Umi Nadzrah
3. Pn. Nurul Fadillah
4. Pn. Mazzaini
5. Pn. Nahdatul Sima
6. Pn. Salwana
7. Pn. Nor Syifa
8. Pn. Musaliha
Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Mohamad Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Jamilullail
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Lokman Hakim
5. Ucapan guru bertugas minggu lepas: ( En. Zulkifli )
5.1 Murid dinasihatkan bergerak dengan pantas tetapi jangan berlari ketika hendak masuk dan keluar dari kelas, menggunakan tangga atau bergerak ke bilik-bilik khas
5.2 Murid perlu mengamalkan budaya menghormati guru seperti memberi salam dan ketika berada di dalam kelas.
6. Ucapan guru bertugas : (En. Jamilullail )
6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Tema pada minggu ini : Peraturan Sekolah ( Budi Pekerti)
6.3 Tingkah laku kurang sopan
- berbahasa kesat
- menyimpan, mengedar, menghisap rokok
- mengganggu proses Pembelajaran dan Pengajaran
- minum minuman memabukkan
- makan di dalam kelas
6.4 Tingkah laku lucah
- dilarang berkhalwat dan bercumbuan
- membawa atau memiliki barang lucah
- mengintai pelajar
- menulis/ mengucap perkataan lucah
- membuat simbol lucah
7. Perkataan LAWAD pada minggu ini
a) Bahasa Malaysia : ajaib – aneh / ganjil
b) Bahasa Inggeris : classmate – rakan sekelas
c) Bahasa Arab : Muharam – bulan Muharam / bulan Islam
8. Ucapan Pn. Zaleha :
8.1 Pengumuman tentang perubahan penggunaan tangga untuk semua murid tahun 4, 5 dan 6.
8.2 Mengingatkan murid-murid supaya tidak mengotorkan dinding kelas yang sedang dan telah di cat.
8.3 Peringatan tentang semua murid wajib memakai lencana sekolah.
8.4 Spot check akan diadakan untuk memastikan semua murid mempunyai buku komunikasi.
8.5 Mengingatkan bahawa semua murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru kecuali dengan kebenaran dan mesti memakai pas kebenaran.
8.6 Mengingatkan kepada murid-murid yang hadir lewat supaya datang sebelum pukul 7.20 pagi dan berdiri tegak ketika nyanyian lagu.
9. Ucapan GPK HEM : ( Pn. Jamilah bt. Ariffin )
9.1 Menasihatkan semua murid supaya memulakan sesi persekolahan pada tahun ini dengan azam baru iaitu menjadi lebih baik dan tiada masalah disiplin.
9.2 Mengingatkan semua murid supaya menghantar borang SMM yang diberikan untuk disemak.
10. Ucapan Pemangku GPK KOKURIKULUM : ( En. Tarmiji )
10.1 Pengumuman tentang aktiviti kokurikulum yang akan bermula pada minggu ini iaitu hari Rabu ( 11 Januari ) – Unit Beruniform
10.2 Semua murid diingatkan memakai uniform sekolah ketika minggu Kelab/Persatuan dan baju sukan hanya boleh dipakai ketika aktiviti kokurikulum.
No comments:
Post a Comment