TARIKH : Jumaat – 17 Februari 2012
MASA : 7.30 malam – 10.30 malam
TEMPAT : Dewan Perdana SKTPP
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama semua guru SKTPP
LATAR BELAKANG :
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut. Program ini juga bagi membuka minda dan membina kesedaran murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan sayang kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara untuk mencapai kecemerlangan bersama.
OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:
· Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
· Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
· Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan fenomena belajar pada saat-saat akhir
· Memupuk kesedaran kepada ibu bapa/penjaga untuk mengawasi dan memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anak
· Semua peserta akan memohon restu dengan ikhlas daripada kedua-dua ibu bapanya supaya ilmu yang telah dipelajari mendapat keberkatan daripada Ilahi.
SASARAN PROGRAM :
Seramai 274 orang calon UPSR akan menghadiri program ini yang terdiri daripada 9 buah kelas Kohort Sistem Pengoperasian bagi tahun 2012 bersama ibu bapa masing-masing.
ATUR CARA PROGRAM :
7.00pm – 8.00 pm : Pendaftaran ibu bapa dan murid serta jamuan ringan
8.00pm – 9.00 pm : Slot Motivasi Penceramah Bersama Ibu Bapa
( Pn Iffah Bt Sayed Mohamad)
Slot Motivasi Oleh Fasilitator bersama murid
9.00pm - 10.30pm : Motivasi Kendiri
Mohon restu murid-murid bersama ibu bapa
10.30 pm : Bersurai
RINGKASAN PROGRAM :
Program bermula tepat pukul 8.00 malam. Seramai 193 orang Ibu bapa bersama 204 orang murid tahun 6 yang hadir untuk menjayakan program ini. Program dimulakan dengan ceramah keibubapaan oleh Pn Iffah bt Syed Mohamad. Pada masa yang sama, murid-murid diberikan LDK mengenai kasih sayang kepada ibu bapa. Dalam aktiviti LDK ini, murid dan ibu bapa diminta menulis luahan/surat kasih sayang untuk ibu bapa dan anak masing-masing.
Pada pukul 9.30 malam, murid dan ibu bapa ditemukan dan sesi mohon restu dijalankan. Pada ketika ini, ada ibu bapa dan anak-anak menitiskan air mata kesedihan apabila masin-masing meluahkan isi hati dan harapan terhadap anak-anak.
Program motivasi dan mohon restu ditamatkan pada pukul 10.30 malam. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa yang hadir dan menjayakan program ini. Turut hadir dalam program ini ialah YDP dan NYDP PIBG iaitu Tn Hj Shaharuddin bin Ajam dan Encik Rushdan bin Mohamed.
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM :
Salah seorang ibu sedang mengarang kata-kata untuk anaknya
Adik Muaz membacakan janji-janji dan luahan hati kepada ibu bapanya
Salah seorang bapa membacakan 'love letters' untuk anaknya
Ketika luahan isi hati anak-anak dibacakan, ada ibu bapa yang tidak dapat menahan air mata kesedihan
amak-anak juga menangis semasa sesi mohon restu dijalankan
pelukan kasih seorang ayah, semasa anaknya membacakan surat luahan hati
Puan Iffah selaku penceramah menenangkan hati seorang ibu semasa sesi mohon restu
untuk lebih paparan gambar, klik di sini (facebook sktpp)
Semoga Program Motivasi Kendiri 2012 yang dilaksanakan ini dapat mencapai tujuan utamanya iaitu menanam semangat untuk menuntut ilmu dan rasa tanggungjawab dalam diri murid itu sendiri untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
No comments:
Post a Comment