Tarikh : 24 September 2012
Masa. : 6.10 - 6.40 petang
GURU BERTUGAS MINGGUAN
- Puan Nor Arzah Bt Hussin
- Puan My. Sarah Bt Hamzah
- Puan Azizah Bt Ab Hamid
- Puan Ainul Balkhish Bt Mohd Aris
- Puan Rashidah Bt Mahmad
- Encik Zunaidi Bin Janalabin
LAPORAN / ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa oleh adik Fakrul Akbar bin Abu Bakar (3 Waja).
- Bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Puan Rashidah Bt Mahmad.
- Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Husna Aqilah Bt Mohd Afzanizan (3Waja).
LAPORAN / ULASAN GURU BERTUGAS MINGGUAN LEPAS
(PN. SURIYANA BT NANYAN)
- Murid dinasihati agar berhati-hati dalam bergurau dengan kawan. Ini kerana terdapat beberapa orang murid yang telah cedera akibat dari bergurau bersama kawan.
- Murid dilarang merentas laluan tengah untuk ke bilik guru atau semasa pulang. Sebaliknya murid diingatkan supaya mengikuti laluan koridor seperti yang telah ditetapkan.
- Murid dinasihati agar menjaga kebersihan kelas. Murid yang bertugas (mengikut jadual tugasan) perlu membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum P&P bermula.
PENGUMUMAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
TAHUN SATU
Tempat kedua. : 1 Neptun
Tempat ketiga : 1 Zuhrah
TAHUN DUA
Tempat pertama : 2 Alfa
Tempat kedua. : 2 Zeta
Tempat ketiga : 2 Teta
TAHUN TIGA
Tempat pertama : 3 Wira
Tempat kedua. : 3 Juara
Tempat ketiga. : 3 Exora
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, ENCIK ROSDIN BIN IBRAHIM
- Murid dinasihati agar membudayakan menuntut ilmu. Murid digalakkan untuk membaca buku walau di mana sahaja murid berada. Di samping itu, murid diingatkan supaya membuat persediaan untuk menjawab peperiksaan pada Oktober depan.
- Murid juga diminta untuk meningkatkan disiplin sewaktu di sekolah. Murid seharusnya mempunya tekad untuk menjadi lebih baik bagi menjamin kecemerlangan diri pada masa hadapan.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 6.40 petang.
Disediakan oleh,
My Sarah Hamzah.
No comments:
Post a Comment