... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Friday, March 7, 2014

MESYURAT AGUNG PIBG KALI KE-10 TAHUN 2014

Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid SK Taman Putra Perdana,

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mac 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Perasmi : Tuan Sulaiman bin Wak

Atur Cara Majlis

8.00 pagi    :
Pendaftaran
Tayangan multimedia

8.30 pagi    :                   
Nyanyian lagu Negaraku
Ucapan aluan pengerusi majlis
Bacaan doa
Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali )
Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian)
Ucapan Perasmian (Tn Sulaiman bin Wak)
Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Penyampaian sijil &cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2013/2014
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013
Rehat/ Persembahan

10.30 pagi  :
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10 2014
  • Ucapan Yang Dipertua PIBG
  • Ucapan Penasihat PIBG
  • Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9
  • Pembentangan  Laporan Aktiviti PIBG sesi 2013/2014
  • Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan yang berakhir 31 Disember 2013
  • Pembubaran AJK PIBG 2013/2014
  • Pemilihan AJK Guru & Ibu bapa  sesi 2014/2015
  • Membahaskan usul
  • Ucapan penangguhan
1.00 petang:
Majlis bersurai








Agenda Mesyuarat Agung PIBG


BIL
PERKARA
1.     
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
2.     
Ucapan pengerusi (Yang Dipertua)
3.     
Ucapan penasihat (Guru Besar)
4.     
Pembentangan & pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9
5.     
Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2013/2014
6.     
Pembentangan & pengesahan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2013
7.     
Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014
8.     
Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015
a)    Pelantikan pengerusi sementara
b)    Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG (Guru) bagi sesi 2014/2015
                      i.        Setiausaha Kehormat
                     ii.        Naib Setiausaha Kehormat
                    iii.        Bendahari Kehormat
                   iv.        AJK Guru (5 orang daripada kalangan guru  SKTPP)
                    v.        Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil guru)
c)    Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG (Ibu bapa) bagi sesi 2014/2015
                      i.        Yang Dipertua
                     ii.        Naib Yang Dipertua
                    iii.        AJK Ibu Bapa (6 orang daripada kalangan ibu bapa/penjaga)
                   iv.        Juruaudit  Dalaman (Seorang wakil ibu bapa/penjaga)
9.     
Membahaskan usul
10.   
Hal-hal  lain
11.   
Ucapan penangguhan
12.   
Majlis bersurai

Sekian, harap maklum

Sunday, February 2, 2014

MAKLUMAN KELAS BIMBINGAN TASMIK 2014


Modul Taasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid dari tahun 1 sehingga 6 secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah kebangsaan dan ia dilaksanakan di luar jadual waktu.

Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Bimbingan Tasmik 2014 akan bermula dan  semua murid tahun 1,2 dan 3 akan terlibat mengikuti kelas Tasmik,manakala bagi tahun 4,5 dan 6,hanya murid yang dipilih sahaja, kelas Tasmik akan bermula pada ;-

TAHUN
HARI
MASA
CATATAN
1 & 2
SETIAP HARI SELASA
12.50 – 1.20
KELAS BERMULA PADA 04 FEBRUARI 2014
3
SETIAP HARI KHAMIS
6.10-6.40
KELAS BERMULA PADA 06 FEBRUARI 2014
4,5 & 6
SETIAP HARI JUMAAT
11.50-12.20
KELAS BERMULA PADA 07 FEBRUARI 2014

·      TASMIK AKAN DITANGGUHKAN PADA MINGGU PEPERIKSAAN DAN BULAN RAMADHAN.
·      SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.


Tuesday, December 31, 2013

Nama Kelas 2014

Berikut ialah statstik bilangan sekolah, murid dan guru di Malaysia seperti pada 31 Oktober 2013.  
Bilangan Sekolah
PeringkatBilangan Sekolah
Rendah7,745
Menengah2,354
Jumlah10,099
Bilangan Murid (Enrolmen)
PeringkatJumlah
Prasekolah192,248
Rendah2,741,617
Menengah2,288,666
Jumlah5,222,531
Bilangan Guru
PeringkatJumlah
Rendah241,098
Menengah178,990
Jumlah420,088
Data EMIS 31 Oktober 2013

Kita adalah sebahagian daripadanya.  Berikut ialah nama-nama kelas di sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Tema nama burung bagi kohot 2008-2013 baharu saja meninggalkan alam persekolahan peringkat rendah.  Selamat datang kepada kohot 2014-2019 yang menggunakan tema Alat Muzik Tradisional Melayu dan warna coklat.


Friday, September 13, 2013

LINUS SARINGAN 2 (TAHUN 1, 2 dan 3)

Dimaklumkan bahawa, semua murid tahun 1 ,2 dan 3 akan menjalani Ujian Saringan LINUS (Literacy and Numeracy Screening) mulai 17 September hingga 11 Oktober 2013 bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik.  Saringan ini akan dijalankan dalam bentuk lisan dan bertulis.
  
Lisan             :   17 September – 27 September          
                                    Bertulis         :   29 September – 11 Oktober    

Saringan ini bertujuan untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi.  Murid yang tidak menguasai akan dikekalkan dalam kelas LINUS.  Manakala murid yang melepasi saringan akan mengikuti Kelas Aliran Perdana (kelas biasa).  Pihak sekolah akan memaklumkan keputusan saringan ini dan perubahan kelas sekiranya ada.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

PROGRAM MELANGKAH KE ALAM REMAJA

Ibu bapa/penjaga,
Murid tahun 6,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan program melangkah ke alam remaja untuk murid tahun 6 seperti ketetapan di bawah:

Hari                 :   17 September 2013 (Selasa)
Masa                :   7.20 pagi – 12.50 tengah hari
Tempat             :   SK Taman Putra Perdana
Pakaian             :   Uniform Sekolah

* Semua murid tahun 6, sila bawa alat tulis dan buku nota.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, August 21, 2013

SEKOLAH GANTI 24.8.2013 (SABTU) DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Ibu bapa/penjaga murid,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa pada 24.8.2013 (Sabtu) adalah sekolah ganti mengikut jadual hari Selasa dan murid dikehendaki hadir mengikut sesi seperti biasa. 

Pada hari tersebut akan diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di kelas masing-masing.  Semua murid boleh memakai baju raya dan diminta membawa juadah untuk majlis tersebut. 

Murid sesi pagi bawa buku sebelum waktu rehat dan murid sesi petang bawa buku selepas waktu rehat.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tuesday, July 9, 2013

SEKOLAH GANTI 13.7.2013 DAN 20.7.2013 (SABTU)

Ibu bapa/penjaga murid,
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa pada 13.7.2013 (Sabtu) dan 20.7.2013 (Sabtu) adalah sekolah ganti mengikut jadual hari Isnin.
Jadual sekolah ganti adalah seperti berikut:-

TARIKH CUTI
JENIS CUTI
HARI GANTI
Jerebu
(24.6.2013)
Cuti Berganti
13.7.2013
(Sabtu)
Deepavali
(4.11.2013)
Cuti Berganti
20.7.2013
(Sabtu)

* Semua murid sesi pagi hadir mengikut jadual seperti biasa. 

* Semua murid sesi petang hadir mengikut jadual waktu bulan Ramadhan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Thursday, July 4, 2013

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN 1434H

Kepada ibu bapa/penjaga,
Murid tahun 1, 2 dan 3,  
SK Taman Putra Perdana.

Dimaklumkan bahawa, ibadat puasa akan bermula pada 10 Julai 2013. Persekolahan sesi petang pada bulan tersebut akan ditamatkan lebih awal. Waktu persekolahan adalah seperti berikut:-

HARI
WAKTU MULA
WAKTU BALIK
Tahun 1, 2, 3
Tahun 1, 2, 3
Isnin
1.20 petang
5.35 petang
Selasa
1.20 petang
5.35 petang
Rabu
1.20 petang
5.35 petang
Khamis
1.20 petang
5.35 petang
Jumaat
2.20 petang
5.35 petang

Jadual waktu sesi pagi seperti biasa.
       
Kelas Bimbingan Tasmik untuk murid tahun 1 hingga 6 ditangguhkan.  Kelas tersebut akan diadakan seperti biasa pada 20 Ogos 2013 (Selasa) untuk murid tahun 1 hingga 3 dan murid tahun 4 hingga 5 pada 23.8.2013 (Jumaat)

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Memo akan diberi untuk murid tahun 1-3 sahaja pada hari Isnin (8.7.2013)

                

Tuesday, July 2, 2013

STATISTIK ENROLMEN

Berikut adalah jumlah guru dan murid berdasarkan enrolmen seperti pada 30/6/2013

BIL MURID ALIRAN PERDANA
TAHUN
BIL. KELAS
JUM. MURID
1
10
349
2
8
273
3
9
288
4
9
308
5
9
305
6
8
247

JUM. KESELURUHAN


1770

PRASEKOLAH
JUMLAH
CEMERLANG
24
GEMILANG
23

JUM. KESELURUHAN


47

KELAS PPKI

INOVATIF
8
KREATIF
8
PROAKTIF
8
BESTARI
9

JUM. KESELURUHAN


33

JAWATAN GURU
JUMLAH
GURU BESAR
1
PEN. KANAN
3
j-QAF
12
PPKI
6
PRASEKOLAH
2
KAUNSELOR
4
GURU KELAS
53
GURU AGAMA
7
GURU MATEMATIK
3
GURU SAINS
6
GURU BM
5
GURU CBM
1
GURU BI
2
GURU CBI
1
GURU PJK
2
GURU MUZIK
1
GURU DISPLIN
2
GURU PEMULIHAN
1
GURU DATA SMM
2
PENYELIA PETANG
1
GURU PENYELARAS ICT
1
GURU MEDIA
1
GURU DATA EMIS
1
GURU B.TAMIL
1
GURU PI INTEGRASI
1

JUM.KESELURUHAN


120



Disediakan oleh:
Jalina Johari