... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, December 29, 2012

Makluman Penting Kepada Ibu Bapa Murid Tahun Satu 2013

1) Program Transisi

-   Tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 8 hari ( bermula 2 Januari 2013 - 11 Januari 2013)
    iaitu pada sesi petang bermula pukul 1.20 petang - 6.40 petang.

-  Ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No 1) untuk kegunaan sebagai buku Transisi (2/1/2013-
    11/1/2013). Sepanjang tempoh Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis 
    yang lain,ibu bapa juga diingatkan menyediakan keperluan alat tulis seperti pensel warna dan gam.

-   Penggunaan Tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga
    31 Januari   2013. Sila lengkapkan nama ibu bapa dan no telefon di belakang tanda nama tersebut.

 2)  Jadual Waktu

   Jadual waktu kelas akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi.Pelaksanaannya bermula hari isnin 
   14 Januari 2013.

3 ) Peraturan Pemakaian Baju Sukan

    Pastikan anak tuan puan memakai pakaian sukan  terus dari rumah.( untuk mata pelajaran Dunia Muzik 
    dan Pendidikan Jasmani. (Tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah sepanjang tahun kecuali pada
    bulan Ramadhan.

4) Kebenaran berada di sekolah

 Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari ,tetapi mesti berada di   kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak-anak masing-masing. Ini
kerana akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

5) Waktu Persekolahan Murid Tahun 1 2013

   Hari Isnin - Hari Rabu  (kelas bermula jam 1.20 petang - 6.40  petang)

- Hari Khamis ( kelas bermula jam 1.20 petang- 6.10 petang)

- Hari Jumaat ( kelas bermula jam 2.10 petang - 6.10 petang)

     

No comments:

Post a Comment