Sehingga tarikh tutup pada 30 Ogos 2013 lalu,, sekolah telah menerima sejumlah 62 permohonan untuk memasuki prasekolah di sekolah ini bagi sesi persekolahan 2014. Mesyuarat pemilihan akan diadakan selewat-lewatnya pada 21 September 2013 dan semua pemohon akan dimaklumkan keputusannya melalui surat pemberitahuan seawal-awalnya pada 6 Oktober 2013 hingga 31 Oktober 2013.
A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
- Guru Besar - Pengerusi
- GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
- Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
- Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang PPM - Pencatat
- Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarta Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
6 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.
|
Wednesday, September 11, 2013
Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Labels:
Prasekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment