... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, November 16, 2013

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2014

TARIKH   : 16 NOVEMBER 2013
MASA      : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT  : DATARAN PERHIMPUNAN DAN DEWAN PERDANA

Hari Orientasi Tahun Satu diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Orientasi. Murid- murid  telah mendaftar di kelas yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk disemak dan dikemaskini Fail Murid. Kemudian, murid- murid masuk ke dalam kelas bersama guru kelas dan guru pembantu untuk mendengar Taklimat Umum Disiplin Murid dan seterusnya menjalani Ujian Diagnostik.Ujian Diagnostik diadakan bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid- murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.

Sementara para murid menjalani Ujian Diagnostik, para ibu bapa telah mendengar beberapa taklimat ringkas di Dewan Perdana berkenaan dengan Taklimat Disiplin Murid yang telah disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita, Taklimat PBS oleh Puan Jumilah dan Taklimat Frog VLE oleh Puan Norinna.

Berikut adalah gambar- gambar sepanjang program berlansung.

Semakan Fail Murid oleh guru kelas dan pembantu guru kelas

Guru kelas dan pembantu guru kelas

Pendaftaran murid

Murid dilekatkan tanda nama kelas

Murid- murid beratur di Dataran Perhimpunan untuk masuk ke kelas


Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir

Guru- guru membawa murid masuk ke dalam kelas


Guru kelas menyemak kehadiran murid

Taklimat ringkas tentang disiplin murid


Para ibu bapa berkumpul di Dewan Perdana untuk mendengar taklimat



Murid- murid menjawab Ujian Diagnostik

Murid- murid berkumpul di Dewan Putra selepas waktu rehat sebelum bermulanya aktiviti Lawatan Orientasi

Taklimat penggunaan tandas yang telah dikendalikan oleh Encik Hafiz dan Puan Noranismawati


Pengenalan kantin dan adab- adab makan oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan Puan Azlina

Taklimat mengenai kedai buku oleh Puan Visva dan Puan Norhafiza


Taklimat mengenai bilik guru oleh Puan Suriyana dan Puan Norazian

Program telah tamat pada jam 1230 tengah hari

Laporan telah disediakan oleh:
Puan Nazahiyah Ab Rahman
Puan Zainur Jimah Abdullah

No comments:

Post a Comment