... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, June 23, 2014

Perhimpunan Mingguan Sesi petang Minggu ke-23

Tarikh     : 16 Jun 2014 (Isnin)
Masa       : 1.20 ptg  - 1.50 ptg
Tempat   : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana

Guru-Guru Bertugas :



1.  Puan Suzelawati binti Zakaria
2.  Puan Saadiah binti Busrah
3.  Puan Azizah binti Abd Hamid
4.  Puan Nor Arzah binti Hussin
5.  Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
Laporan / ulasan
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1.Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir
2.Bacaan doa : Adik Muhammad Ashraf bin Ismail
3.Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya : Puan Suzelawati binti Zakaria
4.Bacaan ikrar murid : Adik Hurin Batrisyia binti Ahmad Junaidi
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Rozimah binti Yaakob
1.  Jangan berlari di kawasan sekolah. Pengawas tolong tegur dan ambil nama murid tersebut.
2.  Jangan buang sampah dan buang sampah ke dalam tong sampah.
3.  Letak dan tulis nombor telefon ibu bapa dalam buku komunikasi.
     

Ucapan guru bertugas pada minggu ini. (Puan Suzelawati binti Zakaria)
   1. Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
 
  2.Perkataan lawad pada minggu ini: Tiada
          · Bahasa Melayu - Bestari (cerdas / pandai)
          · Bahasa Inggeris - Shop (kedai)
          · Bahasa Arab  -  kitabun (buku)
 
3. Tema pada minggu ini ialah Semangat Kesukanan
 Murid perlu menanam semangat kesukanan dengan cara menyertai setiap acara yang dipertandingkan dan member sokongan kepada pasukan masing-masing.
- Kalah dan menang adalah adat dalam sesuatu pertandingan.
- Sukan yang dianjurkan diharapkan dapat merapatkan hugbungan silaturahim antara    murid-murid dan juga guru-guru.

-   Pesanan tentang 2 perkara :
1.    Minggu ini latihan sukan akan diadakan. Mula latihan selepas waktu rehat jam 4.40 petang hingga 6.40 petang (Isnin hingga Khamis). 
2.    Pakaian – semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang dibenarkan ataupun pakai baju warna putih sepanjang minggu latihan sukan. Jersi bola tidak dibenarkan.
Diingatkan jangan ada murid yang mengambil kesempatan untuk tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.

Ucapan dari pihak pentadbir (Pn Rosmah binti Jamat – Penolong Kanan Petang)

1. Mengucapkan tahniah kepada semua murid kerana hadir pada hari ini.
2. Memohon agar pelajar dapat memahami dan menghayati setiap ikrar yang dilafazkan.
3. Murid ramai tidak hadir sekolah ganti kerana tidak memberi surat kepada ibu bapa.
  4. Sukaneka akan diadakan sebelah pagi hari Jumaat 27.6.2014.
  5. Murid diminta jangan berlari dan berkeliaran semasa latihan sukaneka dan mendengar arahan guru.
  6. Jadilah murid yang serba boleh sebagaimana hasrat KPM

Disediakan oleh:
SAADIAH BINTI BUSRAH

No comments:

Post a Comment