Tarikh : 22 September 2014
Masa : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
1. Pn. Nor Suriati Ismail
2. Pn. Zabedah Othman
3. Pn. Salmi Amir
4. Pn. Azura Farina Abdullah
5. Pn. Nor Maziah Abd Malek
6. Cik Zalina Ismail
Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar:
1. Nyanyian dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir
2. Baccan doa diketuai oleh adik Najwan Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi)
3. Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Cik Zalina bt. Ismail
4. Ikrar Murid diketuai oleh adik Hurin Batrisyia Amani bt. Ahmad Junaidi Doiniljalani
(3 Zuhrah)
Ucapan Guru Bertugas : Cik Zalina Ismail
Tema: Budaya Menuntut Ilmu
- Menuntut ilmu perlu dijadikan budaya sejak dari awal selaras dengan tuntutan
- menuntut ilmu bermula dari ayunan buaian hingga ke liang lahad.
- Orang yang berilmu akan sentiasa dihormati dan dipandang mulia.
- Ilmu dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
- Ilmu dapat membantu kita membuat keputusan dan tindakan yang betul dalam kehidupan.
Pengumuman:
- Kelas tasmik pada hari Selasa (23 September 2014) dibatalkan
- Setiap hari Jumaat akan diadakan bacaan Yaasin.
- Sabtu (27 September 2014) merupakan hari persekolahan bagi menggantikan cuti sempena Deepavali nanti. Pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut jadual hari Jumaat.
Perkataan LAWAD
1. Bahasa Melayu : jerlus - terperosok
2. Bahasa Inggeris : wobble - bergoyang-gotang
3. Bahasa Arab : mubakkiran - cepat
Ucapan PK Petang : Pn. Rosmah bt Jamat
Murid didedahkan dengan pernyataan Misi dan Visi Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SKTPP, iaitu :
MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui pelaksanaan
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
yang bersepadu dan menyeluruh
daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum,
kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
VISI
Sekolah Bebas Dadah,
Negara Bebas Dadah Tahun 2015
No comments:
Post a Comment