Assalamulaikum dan salam sejahtera , Majlis Perbandaran Sepang telah
mengadakan MAJLIS PELANCARAN DENGUE ACTION KIDS (DAK) SCHOOL @ MPSEPANG.
SKTPP telah dijemput menghadiri majlis tersebut bersama beberapa lagi sekolah rendah dan menengah daerah Sepang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Bin Ali Dato’ Menteri Besar Selangor pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 07 November 2014 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan
Serbaguna
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Sempena MAJLIS PELANCARAN DENGUE ACTION
KIDS (DAK) SCHOOL @ MPSEPANG, pihak Majlis Perbandaran Sepang telah
menyerahkan peralatan kerja-kerja larvaciding dan pencegahan kepada wakil sekolah yang terdiri daripada 4 orang murid dan 2 orang
guru pengiring (Guru Unit Kesihatan).
Sebelum itu satu Ceramah dan Demonstrasi Pencegahan
Denggi telah disampaikan Oleh En. Mohd Salihin Bin Jelani, Pegawai dari
Majlis Daerah Sepang kepada murid dan guru di sekolah. Murid-murid tersebut dilantik sebagai agen penyampai
maklumat Pencegahan Denggi di sekolah.
Pada Majlis tersebut Sijil penyertaan telah
diberikan kepada murid dan guru yang terlibat. Berikut adalah gambar-gambar
sekitar aktiviti dan majlis yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment