Pada 26 Januari 2015 telah berlangsungnya majlis pelantikan pengawas dan pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2015. Majlis bagi sesi pagi telah diadakan di tapak perhimpunan SK Taman Putra Perdana.manakala sesi petang di Dewan Perdana. Seramai 116 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan 89 orang murid pula telah dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKTPP telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan SKTPP dari Balai Polis Putra Perdana Puchong - Koperal Nik Mohd Nizam Bin Ramli.
Sesi Pagi
Ketua Pengawas : Iffah Firzanah binti Zulhazmi
Pen. Ketua Pengawas : Fathul Akhbar bin Abu Bakar
Ketua Pengawas Pusat Sumber : Wafin Wardah binti Rizal
Pen. Ketua Pengawas Pusat Sumber : Muhammad Irsyad Ilham bin Reki
Sesi Petang
Ketua Pengawas : Nur Aneesa binti Abdul Aziz
Pen. Ketua Pengawas : Reshmenraj A/L Jaiganesh
Ketua Pengawas Pusat Sumber : Nurin Syaheera binti Roslan
Pen. Ketua Pengawas : Ahmad Muaz Hakimi bin Zamree :
Berikut adalah gambar yang dirakam sepanjang majlis berlansung.
Sesi Pagi
Para pengawas beratur untuk menerima watikah pelantikan |
Bacaan ikrar oleh ketua pengawas Sekolah |
Kami Benci Dadah oleh barisan pengawas |
Adik Muhammad Azri Akid sedang menerima watikah pelantikan |
Senyuman manis adik Nur Alya Sofea selepas menerima watikah pelantikan
Bacaan ikrar pengawas pusat sumber sekolah oleh adik Muhammad Irsyad Ilham bin Reki |
Bergambar kenangan selepas majlis selesai |
Cenderahati daripada pihak sekolah disampaikan oleh Pn Guru Besar. |
Para pengawas dan pengawas pusat sumber SKTPP 2015 |
Sesi Petang
Penyampaian watikah kepada ketua pengawas |
Bergambar kenangan |
Bacaan ikrar oleh barisan pengawas sekolah |
Adik Muhammad Irfan Qaedi menerima watikah pelantikan |
Adik Nureen Syaheera selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber sedang menerima watikah pelantikan |
Penyampaian cenderahati daripada Pn Rohaidah |
No comments:
Post a Comment