Hari : Isnin
Tarikh : 11 Mei 2015
Masa : 1.20 - 1.50 petang
Guru Bertugas :
1. Puan Arnny Yusnita binti Md.
Enarji
2. Puan Suriyana binti Nanyan
3. Puan Nor Arzah binti Hussin
4. Puan Nor Azean binti Ahmad
5. Cik Roslinda binti Mansor
6. Puan Yusnita binti Yunus
7. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan
Ibrahim
Laporan:
1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan
Ikrar
·
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Selangor dan Lagu Sekolah
·
Bacaan doa dipimpin oleh Adik Arif
Arfan bin Abd. Razak
·
Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan
Jalan Raya oleh Puan Yusnita binti Yunus
·
Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi
petang, Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu
Lepas (Puan Fadhilah binti Talib)
·
Beliau mengingatkan agar murid-murid menjaga
kebersihan kelas
·
Beliau meminta murid-murid agar
tidak berlari-lari di dalam kawasan sekolah.
3.0 Ucapan Guru Bertugas
(Puan Yusnita binti Yunus)
·
Puan Yusnita memperkenalkan
guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid,
sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan
guru-guru bertugas.
·
Beliau memberikan info tentang Kepentingan
menepati masa.
Perkataaan LAWAD :
Bahasa Melayu – ditutup :
dikatup
Bahasa Inggeris – court : gelanggang
Bahasa Arab – sa’aidatun : bahagia
4.0 Penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keceriaan
kelas
Tahun 1
- Pertama – Uranium
- Kedua – Titanium
- Ketiga - Vanadium
Tahun 2
- Pertama – Angklung
- Kedua – Tabla
- Ketiga – Gambus
Tahun 3
- Pertama – Surgeri
- Kedua – Respiratori
- Ketiga - Obstetrik
5.0 Ucapan Guru Disiplin
·
Beliau menegur murid yang berambut
panjang agar memotong rambut mereka. Tempoh selama 2 hari diberikan kepada
murid untuk menggunting rambut mereka.
5.0 Ucapan PK Petang (Puan Rosmah binti Jamat)
·
PK Petang memberi teguran kepada
murid agar menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.
·
PK Petang mengingatkan pelajar yang
rambutnya panjang agar segera menggunting rambut mereka.
·
Beliau juga mengingatkan murid
supaya ibubapa sendiri yang menghantar mereka ke sekolah bukannya menyuruh
kakak atau abang yang tidak berlesen menghantar mereka ke sekolah.
·
Beliau juga mengingatkan murid agar
memberitahu ibubapa mereka untuk mengambil mereka tepat pada waktunya.
Murid sedang mendengar ucapan guru bertugas |
Antara pemenang kelas terbersih |
No comments:
Post a Comment