Hari Kemerdekaan yang
disambut pada 31 Ogos setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam
membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang
bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan
kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah merupakan pengantara utama
kerajaan dalam mendidik dan membina semangat patriotisme yang tinggi dalam
kalangan murid-murid.
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan
pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu
hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan
Hari Kemerdekaan tahun 2015. #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan,
kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini
selain melambangkan semangat kesepaduan. Perasaan ini seharusnya dirasai
bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan
tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Ia
dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos
hanya melibatkan Semenanjung sahaja, yang dimiliki oleh semua rakyat
tidak kira di mana mereka berada.
Hari
Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan
Persekutuan Malaysia. Tanggal 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya
baharu mencecah 52 tahun. Tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan
penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu. Ini menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo
Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Objektif Program
Objektif program adalah
seperti berikut:
i)
Menyemai
semangat cinta akan negara
ii)
Menyemai
semangat 1Malaysia.
iii)
Memupuk
dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv)
Menerapkan
nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama.
v)
Sebagai
kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan
mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Berikut antara gambar-gambar semasa program tersebut :
Perasmian program oleh Guru Besar Puan Rohaidah binti Mohd Ali
Penolong Kanan Petang Puan Rosmah binti Jamat
Pertandingan Koir Tahun 4 & 5
No comments:
Post a Comment