... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, November 18, 2015

Majlis Hi-Tea 2015

Pada hari ini, telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea buat semua guru dan kakitangan sekolah yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SKTPP. Majlis ini telah diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses bermula pada jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.

Majlis Hi-Tea ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan setiap akhir tahun anjuran KKGK sebagai menghargai jasa guru dan kakitangan sepanjang tahun 2015. Majlis seperti ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua guru dan kakitangan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG; Tn. Hj Khairul Azhar bin Mohammad Sufian dan NYDP PIBG YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat. Turut hadir sama adalah jemputan khas YDP PIBG SK Taman Seroja; Tn. Hj Helmy bin Arshad. Terima kasih atas kehadiran tn. hj. memeriahkan majlis kami.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang telah bertukar sepanjang tahun ini yang berkesempatan hadir pada hari ini iaitu En. Jamilulail, En. Pazli dan Pn. Wan Sarinah. Semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin. 

Kepada para penyumbang, setinggi-tinggi penghargaan kami kalungkan hingga membolehkan majlis ini diadakan dengan meriah sekali. Maaf atas kekurangan di sana-sini. Jumpa lagi pada tahun hadapan.

Antara gambar-gambar sepanjang majlis Hi-Tea berlangsung:


Bermula dengan pendaftaran dan mengambil nombor cabutan bertuah

Sedang mengambil makanan

Di meja VIP

Guru-guru berwajah ceria

Turut hadir; En Jamillulail bin Mohd Junit (Pegawai Linus Numerasi PPD Sepang)



Turut hadir juga bekas guru SKTPP, En Pazli bin Zawawi


Antara guru yang mendapat cabutan bertuah, Pn Nora

Lagi guru bertuah, Pn. Azmira

Wakil guru lelaki yang bertuah, En Kamarul


Disediakan oleh :
Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment