Guru bertugas (Kumpulan D) :-
1. Puan Azizah Ab.Hamid
2. Ustazah Norlida Ahmad
3. Puan Junaidah Rus
4. Puan Ranjiny a/p Rajah
5. Ustaz Saiffol Ngaibah
6. Puan Salina Tasu ( Cuti Bersalin )
Laporan / Ulasan :-
1. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah .
2. Bacaan doa dipimpin oleh pengawas yang bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Ustazah Norlida Ahmad serta
bacaan ikrar murid dipimpin oleh pengawas bertugas.
4. Laporan mingguan oleh guru bertugas pada minggu lepas yang disampaikan oleh Ustazah Tuan
Nor'ain.
- Beliau mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kelas dengan tidak membuang sampah merata-rata.
5. Ucapan guru bertugas pada minggu ini yang disampaikan oleh Ustazah Norlida Ahmad :-
- memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
- mengingatkan murid tentang Berjimat menggunakan elektrik semasa berada di kelas dan lain-lain
tempat di sekolah.
- mengingatkan murid yang kokurikulum direhatkan sepanjang bulan puasa.
6. Pengumuman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kelas :-
Tahun 1 :
Tempat Pertama : 1 Intelek
Tempat Kedua : 1 Cerdik
Tempat Ketiga : 1 Fokus
Tahun 2 :
Tempat Pertama : 2 Ferum
Tempat Kedua : 2 Vanadium
Tempat Ketiga : 2 Elektrum
Tahun 3 :
Tempat Pertama : 3 Seruling
Tempat Kedua : 3 Angklung
Tempat Ketiga : 3 Bonang
7. Ucapan Penyelia Petang Puan Jumilah Ahmad.
- Mengingatkan murid-muird akan balik sepanjang bulan Ramadhan pada pukul 5.30 petang.
- Murid moral hanya akan balik awal pada hari Khamis sahaja iaitu pada pukul 5.05 petang.
- Murid-murid yang berpuasa tidak digalakkan ke kantin sebaliknya digalakkan berada di Dewan Perdana pada waktu rehat untuk melihat tayangan slaid yang akan dipasang di Dewan Perdana.
- Murid yang tidak berpuasa sahaja dibenarkan berada di kantin semasa rehat.
Perhimpunan tamat pada jam 2:00 petang.
Laporan ini disediakan oleh Puan Azizah Ab. Hamid.
No comments:
Post a Comment