Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
|
Pengacara Majlis |
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana telah disambut dengan meriahnya hari ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh Penolong Kanan Petang; Pn. Jumilah Ahmad. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang.
|
Bacaan Doa |
|
Ucapan Ketua Pengawas Sesi Petang |
|
Ucapan perasmian daripada PK Petang
|
Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang
Adik NADIAH WARDINA BT MOHD IDIL DARIPADA KELAS 3 TABLA telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-Kanak sesi petang. Beliau ialah seorang pengawas sekolah bermula dari Tahun 3 dan pernah memegang jawatan Penolong Ketua Kelas
semasa Tahun 2. Beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Al Fakhri, memegang
jawatan sebagai pengawas dan beliau sangat aktif dalam pasukan nasyid di
Sekolah Agama Al-Fakhri.
Di
samping menunjukkan kecemerlangan di sekolah agama, beliau juga turut aktif dengan
menyertai aktiviti di sekolah dan di luar seperti memasuki pertandingan
bersajak dan pertandingan mewarna kanak-kanak anjuran RTM.
Dari
segi pencapaian akademik, beliau sentiasa mendapat tempat pertama dalam
Peperiksaan Akhir Tahun di Tahun 1 dan 2. Beliau juga telah mendapat keputusan
yang cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.
Keperibadian
beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana
sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan
bantuan. Beliau disenangi kerana sering
menjaga interaksi yang baik sesama rakan serta sangat menghormati para guru dan staf sekolah. Malahan,
beliau sentiasa menonjolkan ketrampilan diri dan berbudi bahasa.
|
Pn. Norlida penyampai Anugerah Tokoh Kanak-Kanak
|
|
Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang
|
|
Makanan untuk murid-murid |
Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah sukaneka untuk murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah sukaneka.
Penyampaian Hadiah oleh PK Petang; Puan Jumilah Ahmad
No comments:
Post a Comment