Hari Orientasi Tahun 1/2017 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua murid Tahun 1/2017 hadir ke sekolah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Sepanjang program ini pelbagai gelagat murid-murid dapat dilihat. Keceriaan di wajah mereka terserlah walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke SK Taman Putra Perdana.
Warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Datang' kepada semua murid Tahun 1/2017 Kohort Cendiakawan Islam.
Objektif Program Hari Orientasi Tahun 1:
1. Mengenal pasti tahap kebolehan murid dalam 4M.
2. Murid-murid boleh mengenali bilik darjah, bilik-bilik khas dan peraturan sekolah.
3. Membiasakan murid-murid dengan persekitaran sekolah.
4. Mendedahkan kepada ibu bapa/penjaga tentang keperluan anak-anak sebelum memasuki Tahun 1
Atur Cara:
7.30 pagi: Kehadiran ibu bapa/penjaga dan murid-murid Tahun 1/2017
8.15 pagi: Perhimpunan murid-murid Tahun 1
8.30 pagi: Murid-murid masuk ke kelas
8.50 pagi: Taklimat Umum Disiplin Murid dan Taklimat Ujian Diagnostik
9.00 pagi: Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik
11.00 pagi: Rehat
11.30 pagi: Murid berkumpul di Dewan Taman
11.50 pagi: Lawatan Orientasi
12.30 t.hari: Penyerahan anak kepada ibu bapa dan bersurai
Berikut adalah paparan gambar semasa Hari Orientasi Tahun 1/2017 berlangsung:
Semakan nama murid oleh ibu bapa |
Sesi perhimpunan di Dataran SKTPP |
Sesi Pendaftaran |
Pengacara Majlis oleh Cik Roslinda dan En Mohd Najib. Bacaan doa oleh Ustaz Mahadir |
Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik |
Ucapan YDP PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian) dan Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali) |
Taklimat LINUS dan Transisi oleh PK HEM (Pn Rosmah bt Jamat) dan Taklimat Jadual oleh PK Petang (Pn Jumilah bt Ahmad) |
Taklimat PPKI oleh Pn Norhamizah bt Hamzah dan Taklimat Disiplin oleh Pn Nora bt Sabihi |
Lawatan Orientasi |
SKTPP Benci DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV/AIDS) |
Penyemakan kertas Ujian Diagnostik |
Lawatan Orientasi dan Penyemakan Fail Murid |
Disediakan oleh:
Pn Nor Arzah, Pn Juli dan Pn Zailezah
No comments:
Post a Comment