GURU-GURU
YANG BERTUGAS
Puan
Noor Hanawati Alinda
Encik
Srimahathevan a/l Vadivelu
Puan
Norinna binti Mohamed
Puan
Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Cik
Komagal a/p Kunaisekaran
Puan
Azwani binti Mohamed Noordin
Puan
Umi Nazrah binti Saharoni
Puan
Norliza binti Ali@ Yasim
Puan
Roslina binti Jafar
LAPORAN
/ ULASAN
Nyanyian, bacaan doa
dan ikrar
Nyayian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu
sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
dipimpin oleh
Pn. Norinna binti Mohamed
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Pengawas iaitu Haris
Nabilah.
Perhimpunan Pagi |
Laporan/ulasan
guru bertugas minggu lepas (Pn.Nurliza Binti Ab Rahman)
Walaupun persekolahan telah hampir setengah tahun berlalu masih ada murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Oleh sebab
itu cikgu Nuriiza mengingatkan murid-murid perkara-perkara berikut:
a. Waktu Rehat
- Murid-murid dingatkan supaya sentiasa makan pada waktu rehat di kawasan kantin untuk mengurangkan sampah
sarap di kawasan sekolah
b. Penggunaan Pas Keluar
- Murid-murid
juga diingatkan supaya menggunakan pas keluar apabila keluar dari kelas ke tempat lain. Jika
murid-murid tidak memakai Pas Keluar maka guru disiplin boleh mengenakan hukuman terhadap murid-murid tersebut.
c. Penggunaan Pintu Masuk Pejabat
- Murid-murid
juga diingatkan supaya menggunakan pintu pelawat untuk masuk ke pejabat. Selain
itu, mereka tidak dibenarkan masuk beramai-ramai dan
hanya boleh masuk sekurang-kurangnya 2 orang sahaja ke dalam pejabat jika ada
urusan yang penting sahaja.
Laporan Kelas Terbersih
Kelas
PPKI
1.Archery
2.Aquatics
3.Cricket
Tahun
4
1.Nafiri
2.Kompang
3.Seruling
Tahun
5
1.Surgeri
2.Hematologi
3.Patologi
Tahun
6
1.Neptune
2.Zuhrah
3.Pluto
Ketua-ketua kelas yang menerima hadiah daripada puan guru besar
Ketua-ketua kelas yang menerima hadiah daripada puan guru besar
Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
Barisan Guru-guru Bertugas Sesi Pagi |
Tema minggu ini ialah Menabung Amalan Mulia
Menabung
bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung
perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan
menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu,
kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan
air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa hendaklah disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai
wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang
perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang
simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri.
Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat
dan berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
Justeru kita dapat
hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya
menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat
sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu, mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Penyampaian
hadiah kepada Peserta-peserta Persatuan Puteri Islam
Pada 27 April 2017, seramai 19 orang peserta
dari Persatuan Puteri Islam SK Taman Putra Perdana telah mewakili beberapa acara pada Hari Puteri peringkat
daerah Sepang yang diadakan di SK Kota Warisan. Pertandingan ini dianjurkan oleh
Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Pasukan bicara berirama SK Taman
Putra Perdana telah menyandang Tempat Pertama dalam pertandingan bicara
berirama kali ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.
Persembahan peserta-peserta Persatuan Puteri Islam
Penyampaian
hadiah kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah
Pada 7 Mei 2017 seramai 10 murid telah mewakili
sekolah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 tahun yang
dianjurkan oleh Sepang Youth Football Club (SYFC) di padang MPS Taman Putra Perdana. Pasukan bola
sepak sekolah kita telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang terlibat.
Kejohanan
Memanah MSSD 2017
Pada 17 April hingga 20 April 2017 adik
Niqa Abyana Binti Mohd Zaimi telah menyertai Kejohanan Memanah MSSD 2017 di SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Adik Niqa
Abyana telah menjadi Johan dalam pusingan kelayakan individu bawah 12 tahun. Tahniah
diucapkan kepada adik Niqa Abyana yang terlibat dalam sukan ini.
Kejohanan
Boling Tenpin Pendidikan Khas
Pada 17 April 2017 beberapa murid
pendidikan khas telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Boling Tenpin
Pendidikan Khas yang dianjurkan oleh MSSD Sepang. Bagi kategori
lelaki Sekolah Rendah (Individu) adik Muhamad Hafiz telah mendapat Tempat Ketiga. Bagi kategori berpasukan lelaki rendah pasukan sekolah telah mendapat Tempat Pertama. Peserta-peserta
tersebut adalah seperti berikut:
1.Muhammad Hafiz
2.Muhammad Aiman
3.Nik Muhammad Aqif
4.Muhammad Aqif
Tahniah diucapkan kepada semua peserta
dan pemenang yang terlibat.
Ucapan
Guru Besar
Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti
Mohd Ali telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta Pasukan Puteri Islam,
pasukan bola sepak, pasukan boling serta adik Niqa yang telah mewakili sekolah dan berjaya dalam kejohanan sukan yang diadakan. Guru Besar berharap agar kejayaan ini akan menggalakkan lagi murid agar melibatkan diri secara aktif dalam bidang
kokurikulum serta berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi hingga meraih kejayaan.
Guru Besar juga mengingatkan bahawa pada
11 Mei 2017 akan datang kita akan menerima lawatan penanda arasan PPDa dari guru-guru SMK Seksyen 16, Shah Alam. Puan Guru Besar berharap agar murid-murid dapat menjaga disiplin serta menyambut baik para pelawat tersebut.
Pada 18 Mei - 25 Mei 2017 sekolah kita
akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2017. Pn. Guru Besar
mengingatkan murid-murid supaya
menjalani peperiksaan tersebut dengan baik dan membuat ulangkaji di rumah.
Beliau juga mengucapkan "All the best" buat semua murid.
Pada minggu lepas, SKTPP telah menerima 14 orang guru baharu
lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dari beberapa
Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara. Mereka terdiri daripada
8 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan dengan pelbagai opsyen. Pn. Guru Besar telah memperkenalkan guru-guru baharu yang masuk sesi pagi kepada
para muridnya. Selamat Datang diucapkan kepada guru-guru baharu ini ke
SKTPP. Murid-murid diminta menghormati dan mendengar segala arahan yang diberi oleh guru-guru baru ini sebagaimana guru-guru lama. Semoga sekolah kita akan semakin mantap dan berjaya dalam semua bidang : akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Guru-guru baru sesi pagi |
No comments:
Post a Comment