... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Bimbingan dan Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan dan Kaunseling. Show all posts

Thursday, April 13, 2023

Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya 2023 (Sesi Petang)

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung pada Khamis, 13 April di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

    Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan berpesan agar mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan menjadi contoh terbaik bagi murid-murid yang lain.

Berikut merupakan gambar -gambar yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung:





























Barisan Pengawas sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas

 



Barisan Pengawas Pusat Sumber sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas


Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru PRS

Akhir kata penutup bicara, pesanan buat bakal pemimpin negara;

Sudah bebas tanah jajahan, 
Rakyat rajin menabur jasa,
Menjadi pengawas satu latihan,
Boleh memimpin apabila dewasa.

Tumbuh berderet keladi bunting,
Banyak di parit ditebas-tebaskan,
Ketua murid jawatan penting,
Contoh yang baik teman dan rakan.

Daun kemangi dan lada sulah,
Diracik kecil ramuan masakan,
Sudah menjadi pemimpin sekolah,
Bersikap adil sebarang tindakan.

Bunga telang tidak berpara,
Semut meniti di atas tunggul,
Murid cemerlang warisan negara,
Semoga jadi pemimpin unggul.

Bunga-bungaan harum menawan,
Dipetik budak di tanah pusaka,
Jaga hubungan bersama kawan,
Bila bertindak hormati mereka.


Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua! 

Saturday, February 19, 2022

Program Alam Menengah

 

Program Alam Menengah telah bermula pada 19 Februari 2022 (Sabtu), pukul 2.00 petang seperti yang dirancang. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Taman Putra Perdana (SKTPP) bersama UBK SMK Putra Perdana (SMKPP), SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP 2) dan SK Pulau Meranti (SKPM). Tujuan utama mengadakan Program Alam Menengah ialah memberi pendedahan kepada semua murid Tahun 6 dari tiga buah sekolah ini agar lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi sebelum melalui pengalaman sebenar sesi persekolahan di sekolah menengah.  Seramai 186 orang murid Tahun 6 sesi 2021/2022 dari tiga buah sekolah telah berjaya menyertai program ini dengan menggunakan medium Youtube Live. 

Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Cik Nur Dania Atieqah binti Kamarul Azudin, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) SKTPP 2, diikuti dengan  bacaan doa oleh Encik Mohamad Yunus bin Muhsin, GBKSM SMKPP. Seterusnya ucapan aluan oleh Puan Norlina binti Ismail, Penolong Kanan Petang SMKPP dan diteruskan dengan  ceramah oleh Puan Che Eaida binti Che Omar, GBKSM SMKPP. 

Isi kandungan ceramah sangat menarik yang berkaitan tentang alam sekolah menengah terutama di SMK Putra Perdana. Penceramah berjaya menarik minat murid dengan menyelitkan beberapa soalan kuiz semasa sesi ceramah sedang berlangsung. Murid-murid Tahun 6 dari tiga buah sekolah berlumba-lumba menjawab soalan kuiz tersebut di ruangan chat yang tersedia. Keputusan pemenang kuiz seramai 10 orang dipaparkan di akhir slot ceramah. 

Sila klik link berikut untuk dapatkan buku program 'Program Alam Menengah' dalam bentuk anyflip dan link youtube:

Buku program:  https://anyflip.com/bungw/sddw/

Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=eJBEIrxUyaI

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung:

Pengacara Majlis: Cikgu Dania, GBKSM SKTPP2

Bacaan Doa: Cikgu Muhammad Yunus, GBKSM SMKPP


Ucapan aluan oleh Pn Norlina bt Ismail, PK Petang SMKPP


Penceramah: Cikgu Che Eaida, GBKSM SMKPP








Wednesday, October 27, 2021

Suka Menangguh Tugasan?

Assalamualaikum anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam suasana yang harmoni dan bahagia. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai 'Suka Menangguh Tugasan?' 

Suka mengangguh tugasan merupakan tabiat yang perlu kita elakkan kerana ia merupakan sikap yang tidak baik. Tugasan yang dibuat secara bertangguh atau sengaja dilambat-lambatkan akan memberi hasil yang kurang sempurna atau terus terbengkalai. Diharapkan semua anak didik SKTPP sentiasa peka dan menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh ibu bapa ataupun guru-guru dengan segera. 




#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Friday, October 22, 2021

Wahai Ibuku.. Wahai Ayahku.., Dengarlah Rintihan Anakmu

Salam sayang dan salam ukhwah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling khas buat murid-murid yang dirindui serta warga SK Taman Putra Perdana. 

Wahai ibu.., wahai ayahku.., dengarlah rintihan anakmu... Kehidupan ini adalah satu persaingan. Persaingan yang sihat akan mencipta kebahagiaan dan membentuk peribadi yang baik. Kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa berusaha secara luar biasa. Untuk mendapat kejayaan besar, kita perlu korbankan banyak perkara kecil.

Mari kita sama-sama tonton video berikut untuk dapatkan maklumat selanjutnya. Seterusnya jom kita bermain dengan 'COMBATE'. Semoga bermanfaat.


Aktiviti permainan 'COMBATE' ini boleh membantu murid-murid untuk meningkatkan tenaga, produktiviti dan lebih fokus untuk belajar. Cara-cara hendak menjalankan aktiviti ini, murid-murid boleh print terlebih dahulu. Cari 'MULA', kemudian cuba cari jalan sehingga jumpa 'TAMAT'. Jika dah siap, snap dan send kepada whatssap kepada cikgu Juli (0162969848) ATAU hantar kepada cikgu Juli di Bilik Bimbingan dan Kaunseling ketika sekolah dibuka nanti.  Selamat mencuba. Terima kasih.

Aktiviti COMBATE

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive