... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, October 21, 2018

Majlis Jamuan Hi Tea Akhir Tahun dan Persaraan Cikgu Maimunah binti Yob

Pada 20 Oktober 2018 bersamaan hari Sabtu telah diadakan suatu jamuan hi tea di Bangi Avenue Convention Centre. Jamuan hi tea ini adalah suatu majlis tahunan yang diadakan sebagai jamuan penutup bagi sesi tahun 2018. Tetapi keistimewaan bagi jamuan kali ini adalah ia disertakan sekali dengan Majlis Jamuan Persaraan guru yang dikasihi iaitu Cikgu Maimunah binti Yob.

Jamuan ini turut dihadiri oleh Tuan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Sufian dan Tuan NYDP PIBG, En Ibrahim bin Rahman. Jamuan ini telah dikelolakan oleh pihak KKGK sekolah yang diketuai oleh Cikgu Hasbullah. Atur cara majlis adalah seperti berikut.

1. Pendaftaran

JK Pendaftaran menjalankan tugas mereka

2. Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Bacaan doa oleh Ust Mustafid

3. Ucapan pengerusi KKGK

Ust Hadri sebagai Pengerusi KKGK 2018

4. Ucapan Guru Besar

Pn Rohaidah bt Mohd Ali ketika berucap

5. Ucapan Tuan YDP PIBG

Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian; YDP PIBG

6. Ucapan guru yang diraikan, Cikgu Maimunah binti Yob

Cikgu Maimunah bt Yob berucap buat terakhir kalinya di hadapan rakan-rakan guru

7. Jamuan makan

8. Cabutan bertuah

9. Majlis bersurai

Di bawah disertakan gambar-gambar kemeriahan jamuan yang diadakan.



















Kemeriahan hi tea kali ini diserikan lagi dengan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai yang tiba-tiba hendak diberikan oleh YDP dan NYDP PIBG. Hal ini telah membuatkan majlis berjalan dengan lebih ceria walaupun masa telah menjelang petang. Akhir sekali diharapkan majlis ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama guru dan kakitangan serta PIBG sekolah. Semoga pihak KKGK selepas ini dapat menambah baik lagi aktiviti yang sedia ada dan dapat merealisasikan moto KKGK iaitu Menjaga Kebajikan Guru-Guru dan Staf SKTPP.

No comments:

Post a Comment