Program Sekolah Bebas Dadah
bersama AADK negeri Selangor di Sekolah Kebagsaan Taman Putra Perdana telah berjaya
dilaksanakan pada :
Tarikh :
21 September 2018
Masa :
10.00 a.m – 11.50 a.m
Tempat :
Dewan Perdana SKTPP
Seiring
dengan matlamat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan pelajar
bebas pengaruh dadah, maka SKTPP juga telah mengambil inisiatif untuk
melaksanakan Program Sekolah Bebas Dadah di sekolah bagi merealisasikan
matlamat yang ingin dicapai. Program Sekolah Bebas Dadah ini bermatlamat
mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar daripada terjebak dengan penagihan
dadah. Program ini juga turut diselitkan dengan soalan-soalan kuiz antidadah
bagi memberikan pemahaman serta membimbing murid-murid supaya sedar bahawa
dadah boleh menjejaskan masa hadapan mereka.
Dr.
Catheryn Michele Hockaday, Pensyarah dari Iowa State University pakar dalam
bidang pencegahan dadah untuk keluarga dan komuniti telah hadir sebagai
tetamu khas dan penampilan istimewa ke Program Sekolah Bebas Dadah tersebut. Ucapan beliau
dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program
Sekolah Bebas Dadah yang telah dan akan dilaksanakan di SKTPP. Program ini turut dihadiri pegawai-pegawai dari AADK Negeri Selangor. Mereka mengucapkan tahniah
kepada pihak sekolah kerana telah menyahut seruan KPM dan merealisasikan hasrat
AADK untuk memerangi dadah dan menjadikan sekolah zon bebas dari dadah secara aktif.
Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali memberi ucapan dan ingatan
kepada pelajar supaya mereka sentiasa mengambil iktibar dari pelaksanaan Program Sekolah Bebas Dadah di SKTPP selama ini dengan
menghayati nilai agama dan moral kerana ia yang akan memberi petunjuk dan
pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Beliau juga dalam ucapannya
memberitahu bahawa SKTPP sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak AADK
bagi memastikan para pelajar di sekolah tidak terjebak dengan gejala penagihan
dadah. Selesai program di dewan, para tetamu bersama pihak pentadbir sekolah
SKTPP telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa.
Semoga anak-anak murid komited menjauhi DARVIH keseluruhannya!!
Sesi besama murid-murid |
Ceramah oleh pegawai AADK
Dr. Catheryn Michele Hockaday melakukan aktiviti bersama murid-murid |
Menandatangani autograf murid-murid
Tetamu-tetamu khas melawat Bilik Sumber PPDa |
Dr. Catheryn Michele Hockaday mencatat kehadiran dalam Buku Pelawat di Bilik Sumber PPDa |
Para Sahabat PPDa gembira menerima tetamu istimewa dari jauh
Guru besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali bersama Dr. Catheryn Michele Hockaday dan Dr. Salina; pegawai AADK Negeri Selangor |
Mengabadi kenangan
Kami Benci DARVIH
No comments:
Post a Comment