Tarikh : 30 September 2019
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Taman Putra Perdana
Pengacara Majlis : Puan Arrny Yusnita Bt Md. Enarji
Senarai Guru Bertugas : Kumpulan D (30 September 2019 hingga 4 Oktober 2019)
1. Pn. Nor Hayati Bt Yusof
2. Pn. Mazzaini Bt Muda
3. Pn. Arrny Yusnita Bt. Md. Enarji
4. Pn. Norlida Bt Othman
5. Pn. Nurulhuda Bt Hasbullah
6. En. Mohd Izwan B. Jawahar
7. En. Ahmad Musrizuan B Daud
Agenda:
1. Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar
· Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah telah dipimpin oleh Abby Nurul Elyana Binti Yahaya (6 Kompang).
· Bacaan doa telah dipimpin oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla).
· Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji
· Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal (6 Tabla)
Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syami Wafiq bin Shahril Nizam
(6 Tabla).
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal
( 6 Tabla )
2. Laporan oleh guru bertugas minggu lepas - Pn. Rosmizawati Bt Yusub
Antara isi-isi yang dilaporkan ialah:
1) Murid diminta untuk jaga kebersihan sama ada dalam kelas, dewan dan kantin. Buang sampah dalam tong sampah. Kebersihan sekolah tanggungjawab bersama.
2) Murid diminta untuk menjaga adab dengan kawan. Jangan ejek-mengejek.Tolong buang sikap buruk itu.
3) Murid dimita untuk membawa peralatan tulis sendiri, jangan suka meminjam harta benda kawan.
3. Laporan guru bertugas minggu ini - Pn. Arrny Yusnita Bt Md. Enarji
Tema: Hari Kanak-kanak : "Sayangi Kami"
* Alam kanak-kanak merupakan alam pertama sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.
* Penghargaan kepada kanak-kanak boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Contohnya; Sambutan Hari Kanak-Kanak, kasih sayang, perhatian, hadiah dan lain-lain.
* Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan betul dan baik untuk menjadi insan berguna pada masa akan datang.
* Semasa Hari kanak-kanak, murid-murid boleh menunjukkan bakat yang ada untuk meraikannya.
Barisan guru bertugas minggu ini.
4. Ucapan PK Pentadbiran - Pn. Azizah Bt Mokhlas
* Adab & hormat kepada guru untuk keberkatan dan supaya ilmu itu tidak hilang. Adab ini perlu disemai dalam jiwa semua murid.
* Dalam tempoh sebulan dari sekarang, murid- murid akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Murid diminta untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah atau di rumah.
* Bagi murid Tahun 6, murid akan hadapi ujian untuk mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam,
Jawi, RBT dan Pendidikan Seni. Jangan lupa hadir ke sekolah walaupun sudah tamat UPSR.
* Bagi murid Tahun 4 dan 5, tolong fokus dalam pembelajaran. Jaga kesihatan, banyakkan minum air . Sekarang musim tidak menentu, jangan main hujan. Waktu cuti, buat ulangkaji.
Ucapan PK Pentadbiran, Pn. Azizah Bt Mokhlas
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.
Laporan disediakan oleh:
Pn. Nurulhuda Bt Hasbullah
No comments:
Post a Comment