Hari ini, 15 Oktober 2019 merupakan hari yang cukup indah dan bermakna kepada
semua murid SKTPP kerana diraikan dalam majlis Sambutan Hari Kanak-kanak.
Sesungguhnya setiap tahun murid-murid SKTPP diraikan dalam majlis yang meriah
dan ceria. Bagi murid-murid Tahun 6,
majlis seperti ini merupakan tahun terakhir mereka diraikan sebagai golongan
kanak-kanak di sekolah ini. Tentunya ia merupakan kenangan terindah untuk
mereka. Sambutan Hari Kanak-kanak juga
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan
tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra
Perdana telah menyampaikan Ucapan Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak. Dalam ucapannya beliau mengatakan bahawa kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal mewarisi dunia ini. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah yang merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.
Guru Besar, pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana amat berbangga dan gembira dengan pelaksanaan Hari Kanak-kanak yang meriah di sekolah. Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal dari tahun 6 Tabla telah dipilih sebagai Tokoh Kanak-kanak tahun 2019. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh murid-murid seperti nyanyian solo, Jong-Jong Inai dan Zapin. Anugerah kehadiran penuh dan Anugerah Nilam juga telah diberikan kepada murid-murid. Setiap ketua kelas and penolong turut diberi pengiktirafan dalam Sambutan Hari Kanak-kanak. Berikut merupakan objektif utama pelaksanaan hari kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana:-
1) Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.
2) Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
3) Memilih Tokoh Kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek.
4) Menanam dan meyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka.
5) Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.
Atur Cara:
7.30 pagi
-Murid dan guru berkumpul di dataran perhimpunan.
8.00 pagi hingga 9.30 pagi:
- Bacaan Doa
- Ucapan
Pengerusi Majlis
- Ucapan
wakil murid
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak
- Anugerah
Tokoh Kanak-Kanak
- Persembahan
PPKI
- Anugerah kehadiran
penuh
- Anugerah
NILAM
- Persembahan
Prasekolah
9.30 pagi hingga 10.00 pagi:
- Rehat semua murid
10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari:
-
Persembahan nyanyian Solo
-
Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas PPKI dan Prasekolah
-
Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 4
-
Persembahan Jong jong Inai
-
Penyampaian Hadiah Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 5 & 6
- Persembahan
Zapin
Berikut adalah antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung:
Keceriaan Pentas dan dewan Hari Kanak-kanak |
|
Ucapan Perasmian Sambutan Hari Kank-kanak oleh Puan Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali Guru Besar SKTPP |
Persembahan murid yang sangat menyeronokkan |
Pesembahan Murid PPKI |
Puan Guru Besar bersama barisan murid yang terlibat dalam menjayakan perarakan tokoh |
Perarakan masuk hadiah-hadiah Tokoh Kanak-Kanak diiringi barisan pentadbir |
Tahniah Muhammad Ammar bin Muhammad Rizal dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak sesi pagi. Tahniah juga buat ibu bapa Ammar!
Murid-murid berpakaian berdasarkan Tema 'Superhero dan Princess' |
Guru-guru turut berpakaian tema Superhero dan Princess
Murid-murid yang menerima Anugerah Nilam |
Murid-murid kehadiran penuh telah diberi pengiktirafan dalam Sambutan Hari Kanak-kanak |
Antara Ketua Kelas yang menerima penghargaan dari pihak sekolah atas sumbangan bakti sepanjang menjawat jawatan Ketua Kelas |
No comments:
Post a Comment