Tarikh 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidurrasul tahun 2019 bersamaan dengan tahun 1441H jatuh pada hari Sabtu, 9 November 2019 merupakan cuti hujung minggu di Malaysia. Tema sambutan Maulidurrasul pada tahun ini adalah "Negara Rahmah, Ummah Sejahtera".
Program Maulidurrasul peringkat sekolah telah disambut pada hari Jumaat, 7 November 2019 bertempat di dewan perdana pada jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Sempena sambutan Maulidurrasul ini, pihak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan sebuah ceramah yang bertajuk "Biografi Rasulullah SAW" oleh Ustaz Muhammad Saiffol Bin Ngabiah. Antara isi kandungan ceramah menerangkan kepada murid tentang biografi Nabi Muhammad SAW yang dianugerahi usia oleh Allah selama 63 tahun. Lahir dengan status anak yatim piatu pada usia 8 tahun, Nabi Muhammad sejak dari kecil tidak kurang kasih sayang dalam didikan bapa saudaranya. Sebagaimana dengan kebiasaan pada masa itu, anak kecil diajari untuk mengembala haiwan ternakan dan diajari kegiatan berdagang.
Dalam berbagai kisah biografi Nabi Muhammad SAW yang pernah dituliskan, Nabi Muhammad bernikah pada usia 25 tahun dengan Khadijah. Setelah 15 tahun pernikahan, Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai nabi dan rasul terakhir dengan diturunkannya wahyu yang pertama melalui perantara Malaikat Jibril.
Setelah ceramah disampaikan, dan murid telah memahami sejarah kelahiran dan kehidupan nabi sejak dari kecil sehingga menjadi rasul, pihak panitia telah mengadakan aktiviti kuiz secara umum. Murid-murid sangat seronok dan teruja dengan soalan-soalan kuiz.
Di sini dilampirkan gambar-gambar sepanjang program ini dijalankan.
|
Saat ceramah disampaikan |
|
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Saiffol Bin Ngabiah |
|
Murid sangat tekun mendengar ceramah |
|
Barisan guru |
|
Aktiviti kuiz yang dijalankan oleh Ustaz Hariz Safwan Bin Yaacob |
|
Murid teruja dalam menjawab soalan kuiz |
|
Aktivi kuiz |
|
Sedikit sumbangan kepada penceramah yang disampaikan oleh Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali |
|
Hadiah cederamata diberikan kepada muird yang dapat menjawab kuiz dengan tepat |
|
Antara beberapa murid yang berjaya dalam kuiz |
|
Murid sangat teruja berjaya menjawab kuiz dan mendapat hadiah |
|
Barisan guru Panitia Pendidikan Islam bersama Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah Binti Mohd Ali |
Setelah berakhirnya penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan kuiz seramai 25 orang murid, program ini berakhir dengan selawat ke atas rasul junjungan. Dan majlis bersurai dengan jayanya.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh Puan Salmi Binti Adnan
No comments:
Post a Comment