Tarikh : 13 Januari
2020
Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.
Majlis bersurai pada jam
8.15 pagi dan murid-murid diminta bergerak ke kelas masing-masing bersama-sama
dengan guru waktu semasa.
Masa : 7.30 – 8.15
pagi
Tempat : Dewan Perdana,
SKTPP
Pengacara Majlis (Guru) :
Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
Pengacara Majlis (Murid) :
Adik Nur Dania Alesya binti Mohd. Zaidi
Senarai Guru Bertugas Kumpulan C:
1. Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
2. Encik Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah
3. Puan Faridatul-Akma binti Ismail
4. Puan Junaidah binti Rus
5. Puan Nur Murni binti Abdullah
6. Puan Rosmizawati binti Yusub
7. Encik Mahadir bin Midun
8. Puan Norzainon binti Mohd. Razali
9. Puan Azlina binti Mat Isa
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan
Doa dan Ikrar
- Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Ketiga-tiga buah
lagu ini di bawah pimpinan Adik Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi
Putra.
- Bacaan
doa oleh Adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham
- Bacaan
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Arnny
Yusnita binti Md. Enarji.
- Bacaan
Ikrar Murid dipimpin oleh Adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan
Nurkihan.
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh adik
Nur Amalia Syamina binti Dinaz Suhadi Putra
Bacaan doa yang dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq Ahnaf bin Muhammad Kamarul Hisham
Lafaz ikrar yang diketuai oleh Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji
Lafaz ikrar murid yang dipimpin oleh adik Wan Nur Emalin Zahra Putri binti Wan Nor Kihan
Pengacara Majlis: Puan Arnny Yusnita binti Md.
Enarji dan Adik Nur Dania Alesya binti Mohd Zaidi.
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
Laporan telah disampaikan oleh Puan Norli binti Hassan.
3.
Ucapan Guru Bertugas
- Guru
bertugas iaitu Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji memperkenalkan barisan
guru bertugas mingu ini iaitu 'Kumpulan C'.
- Guru
bertugas juga mengingatkan murid-murid berkenaan pemakaian baju uniform
sekolah yang lengkap dan kemas terutamanya lencana dan tali leher.
- Guru
bertugas turut memaklumkan berkenaan penggunaan Pagar A dan Pagar B
sekolah. Pagar A digunakan oleh murid-murid yang berjalan kaki atau
berbasikal manakala Pagar B sekolah dikhususkan buat murid-murid yang
datang dengan menaiki kereta atau van.
- Guru
Bertugas seterusnya memaklumkan perkataan lawad Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab :
- Bahasa Melayu : idola (orang yang sangat kita minati)
- Bahasa Inggeris: steal (mencuri)
- Bahasa Arab: المعكرونة (mee)
Barisan guru yang bertugas untuk minggu ke-3.
Barisan pentabir SK Taman Putra Perdana.
Barisan guru SK Taman Putra Perdana.
4.
Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
- PK
HEM mengingatkan murid-murid agar memakai pakaian Unit Beruniform
masing-masing yang lengkap pada minggu ketiga setiap bulan.
- PK
HEM memberi makluman berkaitan Kejohanan Merentas Desa yang akan diadakan
pada 15 Januari 2020. Murid-murid diingatkan untuk bersarapan terlebih
dahulu dan meminum air yang mencukupi bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diigini pada hari kejohanan.
- Murid-murid
yang memenangi acara merentas desa tersebut juga akan dipilih sebagai
wakil sekolah bagi pertandingan peringkat daerah.
- PK
HEM turut mengingatkan murid-murid berkaitan penggunaan tangga sekolah
yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan murid pada sesi pagi dan
petang.
- Murid-murid
yang menjalani latihan sukan juga diingatkan untuk menepati masa agar
tidak ketinggalan sesi pembelajaran di dalam kelas.
- Murid-murid
seterusnya diingatkan untuk beratur semasa ingin bergerak ke bilik-bilik
khas.
- Murid-murid
yang berbasikal ke sekolah diminta lebih peka dan berhati-hati dengan
pergerakan kereta di dalam sekolah khususnya semasa ada kenderaan sedang
berundur bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa di dalam kawasan
sekolah.
Laporan disediakan oleh:
Puan Nur Murni binti
Abdullah.
No comments:
Post a Comment