... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, September 11, 2020

Laporan Mingguan Persekolahan Minggu ke-34 (Sesi Pagi)

Tarikh: 7 - 11 September 2020

Hari: Isnin - Jumaat

Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan C

Senarai Guru bertugas Kumpulan C :

1. En. Syed Farhan Hanafi bin Syed Abdullah

2. Pn. Jamunarani a/p Bhoja Rajan

3. Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji

4. Pn. Nurzainon bt Mohd Razalli

5. Pn. Junaidah bt Rus

6. Pn. Faridatul Akmal bt Ismail

7. Pn. Rosmizawati bt Yusub

8. Pn. Nur Murni bt Abdullah

9. Pn. Azlina bt Mat Isa

10. Pn. Norazian binti Mat Anuar 

Sesi persekolahan pada sesi pagi sepanjang minggu ke-34 telah berlangsung dengan baik. Murid-murid dilihat dapat membiasakan diri dengan norma baharu di sekolah. Walaubagaimanapun, pergerakan murid sepanjang sesi persekolahan berlangsung masih dipantau oleh guru bagi memastikan murid-murid sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Berikut dikongsikan pelaksanaan sesi persekolahan pada minggu ini.  

Sebelum 

Sebelum murid-murid dibenarkan masuk ke kawasan sekolah, guru-guru bertugas mingguan akan mengambil bacaan suhu murid. Bacaan suhu murid diambil di kedua-dua pagar sekolah iaitu Pagar A dan Pagar B. Murid-murid akan diminta untuk beratur mengikut jarak yang telah ditetapkan. Seterusnya, murid-murid akan mencatat bacaan suhu masing-masing untuk dimaklumkan kepada guru setelah  masuk ke dalam kelas. Murid-murid juga diingatkan untuk mencuci tangan di sinki-sinki yang telah disediakan berdekatan Pagar A dan Pagar B.

Semasa

Di dalam kelas, murid-murid duduk di meja masing-masing yang telah disusun mengikut jarak yang ditetapkan. Guru akan masuk ke kelas dan mengambil kehadiran serta bacaan suhu murid untuk direkodkan. Semasa sesi pembelajaran berlangsung, murid-murid juga diingatkan untuk berada di tempat masing-masing. 

Murid-murid yang ingin ke tandas pula akan menggunakan pas untuk ke tandas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Sepanjang pemerhatian, murid-murid dilihat dapat mematuhi penggunaan pas untuk ke tandas dengan baik. Murid-murid juga dilihat mencuci tangan di sinki serta menggunakan 'hand sanitizer' selepas menggunakan tandas. 

Semasa waktu rehat, murid-murid dibenarkan untuk makan di dalam kelas. Murid-murid yang ingin membeli makanan pula diminta menggunakan laluan yang telah ditetapkan pihak sekolah. Murid-murid juga digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Seterusnya, murid-murid yang tidak membawa bekal akan keluar membeli makanan di dewan mengikut waktu yang telah ditetapkan mengikut tahun. Waktu rehat pertama adalah bagi tahun 4, diikuti dengan tahun 5 dan seterusnya tahun 6. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan. Murid-murid juga akan beratur dengan mematuhi jarak selamat untuk membeli makanan masing-masing. 

Guru bertugas mingguan akan memantau murid semasa membeli makanan dan semasa murid makan di dalam kelas. Makanan yang dijual oleh pihak kantin pula dibungkus dalam bekas makanan bagi memudahkan proses jual beli. Setelah selesai makan, murid-murid diingatkan untuk membuang sampah dan sisa makanan di dalam tong sampah yang telah disediakan, mencuci tangan dengan bersih serta mengelap meja masing-masing. 

Selepas

Sebelum bergerak pulang, sesi sanitasi kelas akan dijalankan. Guru-guru subjek semasa akan meminta murid-murid untuk membersihkan meja masing-masing. Guru-guru juga akan menyembur cecair sanitasi pada meja murid bagi memastikan kelas dalam keadaan bersih untuk kegunaan persekolahan sesi petang. Murid-murid akan diminta untuk mencuci tangan dan memakai topeng muka masing-masing sebelum bergerak keluar dari kelas. Kemudian, murid-murid akan beratur dan mengawasi jarak masing-masing dan bergerak pulang mengikut laluan yang telah ditetapkan. Guru bertugas juga ditempatkan di laluan pulang murid-murid bagi membantu mengawasi pergerakan pulang murid. 

Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakam semasa persekolahan sesi pagi minggu ke-34 :


Gambar 1: Guru bertugas di Pagar A mengambil bacaan suhu murid.

Gambar 2: Guru-guru bertugas di Pagar B bersedia untuk mengambil suhu murid.

 
Gambar 3: Bacaan suhu diambil oleh guru bertugas mingguan di pagar B.


Gambar 4: Bacaan suhu diambil di Pagar B oleh guru bertugas mingguan.

Gambar 5: Murid-murid berbaris mengikut jarak untuk mencuci tangan di sinki yang telah disediakan setelah bacaan suhu diambil.

Gambar 6: Murid-murid bergerak dalam barisan menuju ke kelas masing-masing sambil dipantau oleh guru bertugas mingguan.

Gambar 7: Murid-murid menggunakan laluan tangga yang telah ditetapkan untuk naik ke kelas masing-masing.

Gambar 8: Murid-murid beratur dengan mengamalkan penjarakan sosial untuk membeli makanan semasa waktu rehat.

Gambar 9: Murid mencuci tangan di sinki yang telah disediakan sebelum bergerak keluar dari kawasan sekolah setelah tamat sesi persekolahan.

Gambar 10: Murid-murid turut beratur dengan mengamalkan penjarakan sosial untuk bergerak pulang ke rumah masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah dan murid-murid SKTPP kerana dapat melaksanakan sesi persekolahan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

Disediakan oleh,
Pn. Nur Murni binti Abdullah

No comments:

Post a Comment