9 Disember 2020, tibalah tarikh yang ditunggu-tunggu iaitu Penilaian Anugerah Kebun Komuniti yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang. Pasukan penilai telah tiba pada pukul 2.40 petang untuk membuat penilaian dan pemarkahan.
Penilaian ini diketuai oleh Encik Mohd Rashdan Bin Abd Rasyid,
Presiden Persatuan Lestari Alam Malaysia bersama Encik Ahmad Sufi, Bendahari
Persatuan Permaculture Malaysia dan Encik Ibnu Walid bin Zaabah, Pegawai MPS Bahagian
Perancangan Bandar.
Pasukan penilai telah mengambil masa 15 minit untuk melawat
dan menilai Kebun Komuniti SK Taman Putra Perdana serta menyemak laporan
pelaksanaan kebun komuniti yang telah disediakan mengikut kriteria
penilaian. Pasukan penilai telah
mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SKTPP di atas usaha dan
komitmen dalam perjuangan ke arah kelestarian alam.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kerjasama yang telah diberikan oleh PIBG, komuniti, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid
yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan projek pertanian ini.
Setakat ini, kita telah berjaya menuai beberapa kali hasil tanaman seperti sawi
hidroponik. Terdapat beberapa jenis
pokok dan sayuran di kebun komuniti sekolah kita seperti ;
1. Serai Peha Ayam
2. Serai Kampung
3. Bendi
4. Cili Bara
5. Cili Padi
6. Kacang Panjang Duduk
7. Bunga Kobis
8. Bayam Brazil
9. Roselle
10. Pokok Kaduk
11. Pokok Kunyit
12. Pegaga kampung
13. Kesum
14. Terung Panjang
15. Terung Bulat
16. Terung Pipit
17. Lemon
18. Limau kasturi
19. Pisang Berangan
20. Sawi Hidroponik
21. Pokok Bawang
22. Pokok Belimbing Buluh
23. Pokok Kari
24. Limau Mandarin
Kita berharap agar pertanian ini dapat diteruskan untuk
kelestarian SK Taman Putra Perdana ini. Semoga keputusan cemerlang akan
diperolehi atas kesungguhan persiapan kali ini yang amat memberangsangkan
meskipun dikekangi dengan pandemik Covid-19. Syabas SKTPP!
Gambar-gambar sepanjang penilaian...
Para penilai dan guru-guru bergambar kenangan. |
No comments:
Post a Comment