Tarikh : 8 Mac 2021 - 12 Mac 2021
Senarai guru bertugas kumpulan 2 :
1.Norasmawati binti Omar
2.Nik Kamisah binti Mohd Aziz
3. Rosalinda binti Mansor
4. Safinatunajakh binti Mat Som
5. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
6. Komagal a/p Kunaisekaran
7. Wan Rosmawati binti Ibrahim
8. Musaliha binti Mustafa
9. Nurul Izziani binti Mohd Latifi
10. Nurul Iman binti Illyas
11. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
12. Tarmiji bin Sabali
Alhamdulillah, memasuki minggu ke-2 persekolahan secara bersemuka, namun merupakan sesi bersemuka kali pertama bagi murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Murid yang hadir kelihatan begitu bersemangat dan ceria tatkala bertemu semula dengan rakan sekolah serta guru. Jelas terpancar senyuman gembira di wajah mereka.
Dalam kegembiraan, SOP masih dititikberatkan. Murid yang hadir perlu diambil suhu terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Sebaik melepasi pagar, murid dikehendaki mencuci tangan sebelum terus ke kelas masing-masing melalui laluan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah suasana ketika murid hadir sekolah sekitar jam 7.00 pagi hingga 7.45 pagi:
Pemantauan oleh pihak polis berkenaan SOP murid hadir ke sekolah |
Murid diambil suhu sebelum dibenarkan masuk |
Murid perlu mencuci tangan sebelum masuk ke kelas masing-masing |
Pemantauan pegawai PPD, Puan Noranismawati binti Mohd Fauzi |
Pihak sekolah berusaha dalam memastikan SOP dipatuhi oleh semua warga sekolah dan berharap pihak ibu bapa turut memainkan peranan serta memberi kerjasama yang baik dalam memastikan kelancaran terutama ketika mengambil anak balik dari sekolah. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga virus ini segera berlalu pergi dan kita mampu kembali kepada kehidupan asal.
No comments:
Post a Comment