... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Bimbingan & Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan & Kaunseling. Show all posts

Thursday, April 13, 2023

Majlis Penyampaian Watikan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya 2023 (Sesi Petang)

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung pada Khamis, 13 April di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana.

    Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan berpesan agar mereka dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik dan menjadi contoh terbaik bagi murid-murid yang lain.

Berikut merupakan gambar -gambar yang telah dirakam sepanjang majlis berlangsung:





























Barisan Pengawas sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas

 



Barisan Pengawas Pusat Sumber sekolah mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru pengawas


Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengangkat ikrar aku janji dan gambar kenangan bersama barisan pentadbir dan guru-guru PRS

Akhir kata penutup bicara, pesanan buat bakal pemimpin negara;

Sudah bebas tanah jajahan, 
Rakyat rajin menabur jasa,
Menjadi pengawas satu latihan,
Boleh memimpin apabila dewasa.

Tumbuh berderet keladi bunting,
Banyak di parit ditebas-tebaskan,
Ketua murid jawatan penting,
Contoh yang baik teman dan rakan.

Daun kemangi dan lada sulah,
Diracik kecil ramuan masakan,
Sudah menjadi pemimpin sekolah,
Bersikap adil sebarang tindakan.

Bunga telang tidak berpara,
Semut meniti di atas tunggul,
Murid cemerlang warisan negara,
Semoga jadi pemimpin unggul.

Bunga-bungaan harum menawan,
Dipetik budak di tanah pusaka,
Jaga hubungan bersama kawan,
Bila bertindak hormati mereka.


Semoga barisan pemimpin sekolah yang telah dilantik dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Tahniah dan syabas buat semua! 

Friday, October 8, 2021

Program Laurier MyPerintis ESG


Program Laurier MyPerintis ESG merupakan program awal remaja khas buat murid-murid perempuan Tahun 5, Tahun 6 dan PPKI. SK Taman Putra Perdana berasa sangat bertuah kerana program yang sangat menarik dan bermanfaat ini ditaja oleh Yayasan Perintis Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik murid-murid mengenai sebelum, semasa dan selepas haid. Semua peserta yang hadir akan menerima sijil penyertaan dan sample pad percuma. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Najla selaku wakil dari Yayasan Perintis Malaysia atas ilmu yang disampaikan kepada murid-murid SKTPP. Cik Najla juga ada memberi nota kepada semua peserta sebagai rujukan pada masa akan datang. Nota tersebut, sila klik di sini

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa program dijalankan:

Pengacara majlis, Pn Juli

Penceramah, Cik Najla 

Tayangan video

Kehadiran peserta berjumlah 134 orang

Sayangi Diri

 Assalamualaikum anak-anak didik SK Taman Putra Perdana. Maklumat yang cikgu akan kongsikan pada hari ini ialah 'Sayangi Diri'. Kita perlu bersyukur kehadrat Illahi yang mencipta kita sebagai seorang manusia yang lahir di muka bumi ini. Tanpa kehendakNya, kita tidak akan wujud di bumi ini untuk merasai apa yang telah kita rasakan selama ini. 

Bagaimana kita berterima kasih dan bersyukur kepada Allah setelah kita dicipta olehNya di muka bumi ini? Jawapannya ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Berikut merupakan tips sayangi diri. Semoga bermanfaat. 


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Thursday, September 30, 2021

Cara-cara Menghargai Jasa Guru

Assalamualaikum dan salam ceria buat anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.

Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang pernah menyatakan bahawa lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya membaca dan menulis. Inilah ungkapan yang mengangkat martabat seorang guru dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat matahari yang menyinari kehidupan insaniah dengan cahaya ilmunya. Kegigihan guru dalam mendidik anak watan dengan ikhlas tanpa rasa jemu tidak perlu dipertikaikan. Tanpa usaha dan pengorbanan guru, tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Berikut adalah cara-cara menghargai jasa guru:


#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Monday, September 27, 2021

Penggunaan Media Sosial Yang Baik dan Hentikan Buli Siber

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Semoga semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana berada dalam keadaan sihat dan harmoni. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Pengurusan Media Sosial Yang Baik Dan Hentikan Buli Siber. Media Sosial adalah aplikasi berasaskan komputer yang memudahkan perkongsian idea, fikiran dan maklumat melalui pembinaan rangkaian maya dan komuniti. Masyarakat termasuk murid-murid boleh berkongsi maklumat dengan cepat di platform media sosial ini seperti berkongsi maklumat, foto, video dan banyak lagi melalui web ini. Contoh rangkaian perkongsian media ialah Instagram, Youtube, Tik Tok dan sebagainya. 

Kita perlu menggunakan media sosial dengan baik dan perlu ada etika. Tujuannya supaya kita terhindar dari buli siber. Maklumat selanjutnya boleh hayati poster dan tonton video yang disertakan. Kemudian teruskan bermain aktiviti wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli'. Pastikan murid-murid telah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru-guru sebelum meneruskan aktiviti permainan ini. Selamat menonton dan selamat mencuba. Semoga bermanfaat.  






Aktiviti permainan wordsearch 'Find Me by Cikgu Juli', sila klik link berikut: 

https://wordwall.net/play/22344/348/446

Jawapan:

KOMUNIKASI, WHATSAPP, TELEGRAM, FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER, BERINTERAKSI, BERHEMAH, ELEKTRONIK, PSIKOSOSIAL

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Wednesday, September 22, 2021

Kenal Dan Pilih Rakan Sebaya Yang Betul

Assalamualaikum dan salam inspirasi. Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsi maklumat mengenai kawan dan rakan sebaya. Semua orang mempunyai kawan. Apakah maksud kawan? Setiap orang yang kita kenali atau yang kita dampingi adalah kawan. Kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memilih kawan. Jika tersalah pilih, buruk padahnya. Kawan yang baik akan memberi kebahagiaan kepada kita, sebaliknya yang kurang baik akan menyebabkan kita rasa sedih dan menderita. Maklumat selanjutnya boleh tonton video dan hayati poster berikut:





#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Friday, September 10, 2021

Saya Hebat Kerana Saya Berjaya

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid SK Taman Putra Perdana. Cikgu pasti semua murid riang dan gembira pada hari ini kerana bermula esok sekolah akan bercuti selama seminggu. Semoga semua murid yang cikgu sayangi dapat berehat sambil melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu cuti ini.   

Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin menyampaikan maklumat mengenai "Saya Hebat Kerana Saya Berjaya". Jika kita ada impian untuk berjaya, kita perlu berusaha, tabah hati dan berdaya tahan. Bagaimana cara untuk menjadi hebat? Jawapannya ada di dalam poster dan video berikut. Selamat membaca dan menonton. Selepas membaca dan menonton, bolehlah teruskan dengan aktiviti permainan jigsaw puzzle. 




Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah mengikut kategori murid; 

1) Murid Prasekolah:

 https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=01d7c661e5c5

2) Murid Pendidikan Khas:

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=36e4444ece33

3) Murid Tahap 1:

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=39a6af3fc2b8

4) Murid Tahap 2: 

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=35d4310e6ef3


Selamat mencuba dan semoga berjaya.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Tuesday, September 7, 2021

Peranan dan Tanggungjawab Dalam Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua anak didik SK Taman Putra Perdana. 

Hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Dalam Keluarga. Bagi membentuk sebuah keluarga bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengetahui peranan masing-masing. Bapa, ibu dan anak hendaklah mengetahui dan memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan ikhlas. Apabila semua ahli dalam keluarga dapat memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing, sudah tentu ini akan memudahkan pentadbiran sesebuah keluarga. 

Apa peranan murid-murid / anak-anak  dalam keluarga?

Jawapannya:

1. Sentiasa menghormati ibu dan bapa

2. Sentiasa menolong ibu dan bapa

3. Sentiasa menyayangi kedua ibu bapa 

4. Menjaga nama baik keluarga

5. Mendengar nasihat kedua ibu bapa

6. Berusaha membahagiakan kedua ibu bapa


Maklumat selanjutnya, mari kita baca serta  hayati infografik dan menonton video berikut: 

Semoga bermanfaat..



#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#staysafe
#staypositive

Friday, September 3, 2021

Merdekakah Kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Bagaimana perasaan kita apabila perkataan 'merdeka' ini disebut atau dilafazkan? Adakah kita merasa terharu? Adakah kita berasa bersyukur? Atau paling tidak kita rasa bangga? Adakah jiwa dan fikiran kita benar-benar merdeka? Jom kita sama-sama tonton video berikut;


Jom, kita teruskan dengan aktiviti kuiz. Pemenang kuiz akan dipilih berdasarkan murid yang terawal dan memperoleh markah yang tertinggi. 3 orang pemenang dari Tahap Satu dan 3 orang pemenang dari Tahap Dua. 
Selamat mencuba dan selamat berjaya. 

Langkah-langkah menjawab kuiz:
1. Klik gambar di bawah
2. Taip nama dan kelas
3. Jawab semua soalan 

Aktiviti Kuiz

Sekian, semoga bermanfaat.

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staypositif

Friday, August 27, 2021

Peningkatan Disiplin Diri Murid : Merokok

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita semua berada dalam dakapan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Bertemu lagi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada hari Jumaat yang mulia ini. Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan mengenai "Merokok" dan aktiviti permainan jigsaw puzzle.  

Merokok adalah tabiat yang berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. Antara keburukan merokok adalah mudah dapat penyakit seperti kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok, penyakit jantung dan lain-lain. 

Merokok bukan sahaja terbukti sebagai pintu kepada pelbagai masalah kesihatan, bahkan American Psychiatric Association menggariskannya sebagai antara bentuk ketagihan. Kita boleh membanteras gejala rokok dalam kalangan kanak-kanak ini dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah dan kakitangan kesihatan. Ibu bapa harus sedar bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok malah mereka juga membahayakan anak-anak. Ibu bapa adalah 'role model' yang baik untuk anak-anak. 


Tahniah kerana anda seorang yang rajin membaca dan sentiasa ikuti maklumat daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Jom rehatkan diri dengan jigsaw puzzle, sila klik link di bawah. 

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=007d63fe9eda


Selamat mencuba dan semoga bermanfaat...

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh
#staysafe
#staypositif