... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 21, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-44 (Sesi Pagi)

Tarikh bertugas : 17 Januari 2022 - 21 Januari 2022

Senarai guru bertugas :

  • Nik Kamisah binti Mohd Aziz
  • Rosalinda binti Mansor
  • Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
  • Rafidah binti Salleh
  • Safinatunajakh binti Mat Som
  • Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib
  • Musaliha binti Mustafa
  • Muhammad Dzarfan bin Kamar Bahrin
  • Nurul Iman binti Illyas
  • Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
  • Mas Ayu binti Arifin
  • Shahrul Rozaina binti Jelani
Minggu ini merupakan minggu ke-2 bagi sesi penggal 3. Murid kelihatan semakin serasi dengan pengoperasian sekolah yang baru. Rutin harian seperti penjarakan dan kerap cuci tangan sentiasa dilakukan dengan pemantauan guru bertugas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Suhu murid diambil di setiap pintu pagar

rutin mencuci tangan
Murid melakukan rutin cuci tangan

Penjarakan ketika membeli makanan sewaktu rehat



Pada hari Isnin juga, sekolah menerima kehadiran seorang lagi guru baru iaitu Ustazah Rosmanini binti Rahim. Selain itu, telah berlangsung Pelancaran Program Cakna LITNUM (Literasi dan Numerasi ). Murid diserahkan kepada guru pembimbing sebagai simbolik pelancaran.

selamat datang diucapkan kepada Ustazah Rosmanini
Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Rosmanini 

Pelancaran Program LITNUM
 

Seusai kembali semula ke sekolah selepas cuti umum sempena Thaipusam pada 18 Januari 2022, pihak sekolah menyampaikan hadiah buat adik Muhammad Ammar Danish bin Mohd Hafiz kerana telah memenangi Tempat Ke-3 dalam Bridge Building Competition sempena Karnival STEM Daerah Sepang. Tahniah diucapkan buat Adik Ammar Daanish serta guru pembimbing, Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz.

Tahniah buat adik Muhammad Ammar serta guru pembimbing


Bacaan yassin turut dijalankan seperti biasa dengan norma baru iaitu dengan murid mendengar bacaan daripada ustaz bertugas menerusi pembesar suara di kelas masing-masing. Didoakan dengan keberkatan bacaan yassin, situasi pandemik akan berkurangan dan kembali sediakala.


Disediakan oleh,
Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment