Tarikh : 12 September - 15 September 2022
Kumpulan Guru Bertugas : Kumpulan E
Alhamdulillah, sekolah kembali dibuka setelah 9 hari sekolah bercuti sempena Cuti Persekolahan Penggal kedua. Minggu ini merupakan giliran Kumpulan E bertugas. Alhamdulillah, dengan izinNya jua, perjalanan persekolahan minggu ini berjalan lancar. Pada minggu ini juga berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah.
Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan.
Pengacara Majlis; Pn. Maizara Mahat |
Adik Muhammad Syahmi mengetuai bacaan doa |
Semangat menyanyikan lagu Negaraku |
Mengamin doa memohon keberkatan dari yang Maha Esa |
Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu :
Bahasa Melayu : Menekap (meniru)
Bahasa Inggeris : Newspaper
(surat khabar)
Bahasa Arab : کرسي- kursiyyun (kerusi)
- Budaya membaca merupakan salah satu budaya yang amat penting dan perlu disemai dan diamal dalam kelompok masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
- Aktiviti membaca boleh dilakukan ketika berada di
dewan, waktu rehat atau masa terluang ketika ketiadaan guru.
- Contoh-contoh bacaan adalah seperti buku cerita, buku
teks, sudut-sudut bacaan yang terdapat di ruang-ruang koridor sekeliling sekolah,
kantin dan di dalam kelas.
- Diharapkan semua murid dapat membaca bagi meningkatkan diri
menjadi seorang yang berilmu dan berpengetahuan.
Majlis Perhimpunan Rasmi pada minggu ini diakhiri dengan memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
Guru bertugas :
1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim
2. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
4. Pn. Hastipa binti Mat Daud
5. Pn. Shurhama binti Ahmad
6. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
7. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
8. Hajjah Zalina binti Ismail
9. Pn. Maizara binti Mahat
10. Pn. Nor Azian binti Ahmad
Guru Bertugas Kumpulan E |
12 September 2022 (Isnin)
- Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 1 & Baju Tradisional (Murid Moral)
13 September 2022 (Selasa)
- Pertandingan Pakaian Beragam Tahun 2 & Baju Tradisional (Murid Moral)
- Pertandingan Koir Tahun 3
14 September 2022 (Rabu)
- Penjurian kelas bagi pertandingan Hiasan Kelas Bertemakan Kemerdekaan.
- Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League)
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, iaitu Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali.
Pada majlis tersebut juga diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Bulan Kebangsaan. Antaranya, pertandingan mewarna poster, pertandingan tulisan cantik, pertandingan pakaian beragam, pertandingan koir lagu patriotik dan pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan.
Pada majis tersebut juga, 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan dan seramai 12 orang murid dari kelas Tahun 1, 2 dan 3 telah dipilih sebagai pemenang Pakaian Bertemakan Etnik Klasik Terbaik.
Tahniah dan syabas kepada para pemenang.
16 September 2022 (Jumaat)
Cuti Umum Sempena Hari Malaysia
Penutup:
Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan E kerana berjaya melaksanakan tugas pada minggu ini dengan jayanya.
Sungguh cantik berseri-seri;
Terima kasih saudara dan saudari,
Disiplin murid juga terkawal. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada minggu ini dan murid-murid melalui setiap minit kehidupan ketika berada disekolah dengan gembira.
No comments:
Post a Comment