... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, October 21, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-28 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu Ke-28  (Sesi Pagi)

 Tarikh                    : 17 Oktober  2022 hingga 21 Oktober 2022

Hari                        : Isnin hingga Jumaat  

Masa                       : 7.00 pagi hingga 1.30 petang


Senarai Nama Guru Bertugas :

1-      Umi Nazrah binti Saharoni (K)

2-      Nor-Azura binti Mustafa (P)

3-      Norlida binti Othman

4-      Zailezah binti Sardi

5-      Arjunawati binti Ahmad Nuze

6-      Norfauziaton binti Ali Mohamed

7-      Srimahathevan a/l Vadivelu

8-      Arnny Yusnita binti Md. Enarji

9-      Norazian binti Mat Anuar

10.   Norzainon binti Mohd Razalli

11.  Azwane binti Adnan

12.   Nor Hanim binti Ismail


Laporan Perhimpunan :

     Sesi persekolahan minggu ke-28 telah melabuhkan tirai sebelum bermula cuti panjang untuk menyambut perayaan Deepavali. Guru-guru bertugas Kumpulan D telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersemangat sepanjang minggu ini. Pelbagai program menarik berlangsung sepanjang minggu ini termasuk berlangsungnya Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama khususnya buat murid-murid tahun 6.

Berikut disertakan rakaman suasana persekolahan dan program pada minggu ini:


Perhimpunan Rasmi (Isnin)

Tarikh                                    : 17 Oktober 2022

Hari                                        : Isnin

Masa                                     : 7.30 pagi hingga 8.20 pagi

Tempat                                 : Dataran Perhimpunan SKTPP

Pengacara Majlis              : Sharifah Amanda Batrisyia binti Syed Khairul Hakimin – 5 Sony

Tema                                     : Unit Beruniform

Tema ucapan                     : Kesetiaan


1.0   Nyanyian , Bacaa Doa dan Bacaan Ikrar.

~ Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Rasmi Sekolah dan lagu baru iaitu lagu Sekolahku Sejahtera. Lagu tersebut akan kekal dinyanyikan pada setiap kali majlis perhimpunan rasmi sekolah bersama lagu rasmi lain. Nyanyian bagi keempat-empat buah lagu dipimpin oleh Nur Asyira Farisya binti Muhammad Asmal kelas 6 Ibnu Thufail.

~Bacaan doa dipimpin oleh Khairul Ikwan bin Mohd Yazid – 5 Nokia.

~Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Encik Srimahathevan a/l Vadivelu.

~Bacaan Ikrar murid diketuai oleh Muhammad Adam Syaqir bin Mohd Hafiz – 6 Ibnu Thufail.


2.0 – Laporan Guru Bertugas Minggu ke-27 disampaikan oleh Puan Faridatul-Akmal binti Ismail.

~ Aspek keselamatan diri : Jangan menyandar pada koridor dan jangan pijak pagar koridor tingkat 1, 2 dan 3 bimbang tertonggeng ke bawah.

~ Adab memberi salam : Amalkan budaya memberi salam. Tahniah dan syabas pada murid-murid yang telah mengamalkan budaya beri salam pada guru-guru dan staf sekolah. Murid-murid lain boleh mula meniru dan mengamalkan budaya memberi salam ini.

~ Suka berlari : Murid tidak digalakkan berlari semasa berada di dalam kawasan sekolah sama ada pada waktu rehat atau waktu pulang. Murid perlu menitik beratkan aspek keselamatan diri masing-masing dan sentiasa berhati-hati.

~ Jangan mengambil makanan kawan : Ada murid mengadu di mana makanannya diambil murid lain tanpa izin. Amaran keras diberikan kepada semua murid untuk tidak bertindak sedemikian kerana ia merupakan salah satu contoh buli.

~ Menjaga hati : Amalkan perbuatan menjaga hati kawan dengan memanggil rakan dengan nama yang diberi oleh ibu bapa. Elak daripada mengejek rakan-rakan kerana perbuatan ini antara dosa lidah yang membawa ke neraka.

~ Bergurau kasar : Terdapat aduan dari murid di mana bajunya disimbah air milo atas dasar ingin bergurau. Murid-murid diminta untuk sentiasa menjaga adab sesama rakan dan elakkan bergurau kasar hingga menyebabkan pertelingkahan.

 

3.0 – Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh Encik Srimahathevan a/l Vadivelu. Tema – Kesetiaan.

~ Kata dasar bagi perkataan kesetiaan ialah SETIA iaitu patuh atau taat.

Murid perlu tanamkan dalam diri masing-masing sifat kesetiaan agar membantu dalam membentuk dan menzahirkan sesuatu yang baik dalam diri masing-masing.

~ Tiga konteks yang boleh diambil iaitu :

i)                    Prinsip Rukun Negara (Kesetiaan kepada Raja & Negara) di mana memberi maksud sebagai rakyat kita harus taat, patuh, jujur dan ikhlas atas naungan ketua negara.

ii)                   Kesetiaan pada guru di mana seorang murid harus patuh kepada guru, zahirkan rasa hormat dengan bersalam kepada guru tersebut.

iii)                 Setia kepada rakan yang menunjukkan keikhlasan dalam menjalinkan persahabatan. Jangan khianati hubungan baik, sentiasa menghulurkan bantuan ketika memerlukan dan sentiasa bekerjasama dan bertindak dalam satu pasukan tidak kira di dalam kelas atau lapangan sukan.

      ~ Murid yang setia adalah murid yang bijak mengambil sikap menjauhi percakapan atau perlakuan yang mengecewakan sewaktu proses pembelajaran berlangsung.

 

LAWAD pada minggu ini :

Bahasa Melayu          : malang tidak berbau – tidak bernasib baik

Bahasa Inggeris         : describe – menggambarkan / menjelaskan / terangkan

Bahasa Arab               :               ستا ر   - langsir

 

4.0 -  Info Bulan Pusat Sumber , Puan Arnny Yusnita binti Md. Enarji

~Minggu ini merupakan Minggu ke-3 (Bulan Pusat Sumber). Berikut adalah senarai aktiviti / program / pertandingan yang bakal dijalankan sepanjang minggu ini:

-          Pertandingan Laungan Azan (18 Oktober 2022 – Selasa)

-          Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang (19 Oktober 2022 – Rabu)

-          Senamrobik / Zumba “Sihat 10 minit” ( 19 Oktober 2022 – Rabu)

-          Pertandingan Nyanyian (20 Oktober 2022 – Khamis)

-          Pertandingan Literasi Maklumat “Pat Pat Siku Lipat” (20 Oktober 2022 – Khamis)

      ~ Peminjaman dan pemulangan buku boleh dijalankan semasa waktu rehat murid.

      ~ Jadual Lawatan ke PSS, diteruskan dan haruslah mengikuti jadual yang telah ditetapkan.

      ~ Semua murid diingatkan untuk sentiasa memaklumkan keberadaan masing-masing ketika mengikuti atau menjalankan aktiviti agar tidak menyusahkan semua pihak.

 

        5.0 – Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum – Puan Fauziah binti Salehoddin.

~ Gotong-royong Perdana : Makluman mengenai Gotong-royong Perdana yang akan dijalankan pada waktu kokurikulum Rabu – 19 Oktober 2022. Setiap kelab / persatuan telah diberi tempat / kawasan untuk dibersihkan. Semoga semua murid dan guru dapat memberikan kerjasama yang baik untuk aktiviti tersebut.

~ Makluman cuti sempena sambutan Perayaan Deepavali iaitu pada 24, 25 dan 26 Oktober 2022 (Isnin hingga Rabu). Ucapan khas buat guru-guru dan murid-murid yang menyambut Hari Deepavali.

~ Murid juga diingatkan untuk sentiasa memastikan kelas berada di dalam keadaan bersih dan selesa. Sila ikut jadual bertugas yang guru kelas sudah sediakan untuk keselesaan bersama. 

Koleksi gambar sekitar perhimpunan pagi Isnin.


Encik Srimahathevan menyampaikan ucapan sebagai Guru Bertugas minggu ini.


Puan Arnny Yusnita menyampaikan info program bagi Minggu ke-3 ; Bulan Pusat Sumber.

Barisan guru bertugas Kumpulan D.

Dari kiri : Srimahathevan, Norlida, Arjunawati, Norazian, Arnny Yusnita, Umi Nazrah, Nor-Azura, Zailezah, Fauziaton, Nor Zainon, Nor Hanim & Azwane.

Barisan pengawas bertugas : Khairul Ikhwan (Bacaan Doa), Muhammad Adam Syaqir (Ikrar Murid) dan Sharifah Amanda Batrisyia (Pengerusi Majlis).

Sekitar pemandangan kehadiran murid awal pagi di Pagar A dan Pagar B.

Murid-murid ceria untuk pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan

Sedikit sedutan dari Aktiviti Gotong-royong Perdana yang dijalankan semasa waktu Kokurikulum

Laporan disediakan oleh :

Pn. Norazian binti Mat Anuar

No comments:

Post a Comment