Tarikh : 23 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 7.00 pagi hingga 1.30 petang
Senarai nama guru bertugas :
1.Rosmizawati Binti Yusuf (K)
2.Syed Farhan Hanafi Bin Syed Abdullah (P)
3.Faridatul-Akmal Binti Ismail
4.Junaidah Binti Rus
5.Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6.Siti Fatimah Binti Wan Yaacob
7.Mohd Azarul Bin Mohd Mokhtar
8.Nur Murni Binti Abdullah
9.Nurul Iman Binti IIIyas
10.Ahmad Musrizuan Bin Daud
11.Mazzaini Binti Muda
12.Muhammad Afiq Bin Azli
Minggu persekolahan minggu ke-39 telah kembali bersemarak. Guru-guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Pada minggu ini, sesi persekolahan bermula pada hari Rabu memandangkan hari Isnin dan Selasa merupakan cuti perayaan bagi semua warga sekolah bersempena Tahun Baru Cina.
Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini :
1. Program Sinar Nurani
Sesi persekolahan yang bermula pada hari Rabu dimulakan dengan program 'Sinar Nurani' bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP. Program ini berlangsung di Bilik Muzik dengan penglibatan murid-murid yang terpilih sahaja.
2. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023
Hari : Khamis
Tarikh : 26 Januari 2023
Masa : 12.30 tengah hari - 2.00 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023 telah berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang bekerjasama samada secara langsung maulun tidak lqngsung dalam menjayakan program ini.
3. Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 Sesi 2022/23
Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 peringkat sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Jumaat; 27 Januari 2023. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk meneruskan budaya cinta Al-Quran dalam kalangan generasi muda khususnya murid-murid SKTPP disamping itu untuk meraikan kejayaan murid-murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
4. Majlis Jalinan Kasih (Jamuan Akhir Tahun KKGK SKTPP Tahun 2022/2023)
Majlis Jalinan Kasih, KKGK 2022/2023 berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Jutaan terima kasih kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus mengurus dan menyumbang tenaga serta idea bagi menjayakan majlis tersebut.Terima kasih kepada semua guru, staf & YDP serta NYDP PIBG yang hadir pada majlis ini. Terima kasih juga buat semua yang menyumbang hadiah & kewangan.
Sekalung tahniah dan terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru bertugas sepanjang minggu ini. Tidak dilupakan juga buat semua warga sekolah yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segala program dan aktiviti yang disertai.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh : Pn. Jamunarani & Pn. Siti Fatimah
No comments:
Post a Comment