Hari : Selasa – Jumaat
Tarikh : 30 Januari 2023 - 3 Februari 2023
Kumpulan Bertugas : Kumpulan D
Senarai Nama Guru Bertugas:
1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
2. Pn. Norazah binti Mohd Ali
3. Pn. Halijah binti Mihat
4. Pn. Rohani binti Mansor
5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman
6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin
7. Pn. Nashirah binti Taib
8. Pn. Salina binti Mohd Tasu
9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad
Pengacara Majlis: Pn Nashirah binti Taib
Perhimpunan mingguan
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan bacaan ikrar
- Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhammad Khalif Al Azim (3 Topaz)
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn Nashirah binti Taib
- Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Raisha Nur Khadeeja (3 Turquoise)
2.0 Laporan guru bertugas Minggu ke-39 disampaikan oleh En. Azuad
- Murid perlu memastikan kelas mereka dalam keadaan bersih. Sampah yang ada perlu dibuang di tong sampah.
- Menjaga kebersihan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Plastik makanan perlulah dibuang di dalam tong sampah, dan jangan meninggalkan sampah di dewan dan di hentian bas.
- Murid dilarang membawa barang terlarang ke sekolah. Permainan lato-lato, vape adalah barang larangan.
3.0 Ucapan guru bertugas disampaikan oleh Pn. Nashirah
- Tema minggu ini adalah solat tiang agama. Solat adalah wajib 5 kali sehari semalam iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Solat adalah salah satu cara kita mendekatkan diri pada maha Esa.
- Perkataan LAWAD:
- Bahasa Melayu: menghiris - memotong nipis-nipis
- Bahasa Inggeris: musician - ahli muzik
- Bahasa Arab: dulabun - almari
5.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, En Naga Kannan
- Kebersihan bilik darjah adalah penting bagi memastikan bilik darjah lebih kondusif. Murid-murid perlu memastikan tempat duduk mereka bersih terutama bawah meja dan kerusi serta kawasan sekitar. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama.
- Jangan membawa alatan yang berbahaya ke sekolah. Gunting dan pisau adalah dilarang dibawa ke sekolah. Pembaris hanyalah digunakan dalam bilik darjah sewaktu proses pdp. Murid dilarang membawa pembaris keluar dari bilik darjah terutama waktu rehat.
Perhimpunan selesai pada pukul 1.30 tengah hari.
Gambar-gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang minggu ini;
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment