Tarikh : 20 Mac - 24 Mac 2023
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 7.30 Pagi
Senarai nama Guru Bertugas:
Kumpulan A
1. Siti Rabiaah binti Mohammad
2. Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
3. Norli binti Hassan
4. Astina binti Mahad Nor
5. Norsiah binti Mohd Nor
6. Nik Kamisah binti Mohd Aziz
7. Shahrul Rozaina binti Jelani
8. Juli binti Mahbah
9. Zurilazman bin Abdullah
10. Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
11. Norinna binti Mohamed
12. Claudia Jacqueline Charles Nelson
Alhamdulillah sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024 telahpun bermula. Semua murid begitu teruja dan bersemangat untuk kembali ke sekolah setelah lama bercuti. Namun begitu, KPM telah membuat ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024, sebaliknya ia perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual. Fokus utama KPM adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan guru.
Bagi memenuhi kehendak KPM, program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama telah dirancang dan disusun oleh para pentadbir dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru. Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu pertama adalah Program Sinergi Mega. Program ini disusun untuk murid tahun 2 hingga tahun 6 dan juga prasekolah. Murid tahun 1 pula menjalankan aktiviti Program Transisi.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu pertama.
Senyuman guru-guru di hari pertama persekolahan
Murid-murid beratur dengan teratur ketika pulang dari sekolah.
Murid-murid bukan Islam sedang berehat di kantin.
Murid-murid sedang membaca Al-Quran semasa tadarus dijalankan.
Murid-murid menjalankan aktiviti sukaneka dengan meriah.
Aktiviti senamrobik di dataran sempena program Sinergi Mega.
Aktiviti serlahkan potensi diri di Dewan Perdana.
Ucapan Guru Besar dan YDP PIBG sempena persekolahan hari pertama sesi 2023 / 2024
Murid-murid menjalankan aktiviti di dalam kelas berdasarkan modul yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling
No comments:
Post a Comment