Tarikh: 10 – 14 April 2023
Hari: Isnin - Jumaat
Kumpulan Bertugas - Kumpulan D
Tema: Disiplin - Uniform sekolah
1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
2. Pn. Norazah binti Mohd Ali
3. Pn. Halijah binti Mihat
4. Pn. Rohani binti Mansor
5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman (Cuti Bersalin)
6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin
7. Pn. Nashirah binti Taib
8. Pn. Salina binti Mohd Tasu
9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad
10. Pn Wan Mahani binti Wan Hashim
Minggu persekolahan minggu ke-4 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan D menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar.
Aktiviti persekolahan diteruskan seperti biasa bagi murid-murid tahun 2 dan 3 manakala murid tahun 1 pula telah meneruskan sesi program transisi.
Perhimpunan mingguan - 10 April 2023
- Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa dipimpin
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
- Bacaan ikrar murid
2.0 Laporan guru bertugas Minggu ke-3 disampaikan oleh En. Saifullah
- Murid perlu memastikan kebersihan kelas dan kawasan sekitar sekolah. Sampah-sampah perlulah dibuang ke dalam tong sampah.
- Murid diingatkan supaya menjaga barang-barang persendirian dengan baik terutama bekal makanan dan minuman.
- Murid perlu menyusun kasut di rak di surau dan memastikan tidak melakukan pembaziran air ketika mengambil wudhu.
- Pakaian murid lelaki adalah baju kemeja putih, seluar panjang biru dan bertali leher.
- Pakaian murid perempuan adalah baju kurung putih dan kain biru dan tudung putih/pinafore
- Bagi murid yang tidak bertudung perlu pastikan rambut dalam keadaan kemas.
- Pada hari Rabu (12 April 2023) telah berlangsung pembahagian BAP 2023 kepada ibu bapa / penjaga murid tahun 1 2023.
No comments:
Post a Comment