Kehadiran guru di pagar bersama-sama PRS yang bertugas ternyata memberi semangat kepada murid-murid untuk terus melangkah menggapai cita-cita mereka. Sapaan yang mesra mampu memupuk perasaan suka hadir ke sekolah, dihargai dan diterima dalam kalangan murid-murid. . Aktiviti ini dijadikan amalan dalam menonjolkan aura positif kepada murid bermula di pagar lagi.
Semoga resah yang menyelimuti diri hilang dan kembali tenang apabila melihat guru-guru menyambut kehadiran di pagar dengan senyuman ikhlas yang jelas terpancar dari wajah. Guru-guru SKTPP sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian. Ingatlah, ilmu perlu dikejar dan ia tidak akan datang tanpa usaha. Bersemangatlah dalam menuntut ilmu.
😍Paparan gambar aktiviti sesi pagi😍
No comments:
Post a Comment