Pada 15 Ogos 2023 iaitu hari Selasa, telah diadakan Kursus Pemimpin Muda untuk semua Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas yang merupakan barisan pemimpin yang bertugas membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru khususnya.
Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai Pengawas, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin murid-murid adalah wajar barisan kepimpinan ini menunjukkan bakat kepimpinan mereka dan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.
Justeru itu, kursus pemimpin muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mepunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian, ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru.
Objektif program ini bertujuan untuk :
1. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab
2. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
3. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
4. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
5. Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini diharap dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.
Link pautan : https://online.anyflip.com/ozibu/ucvd/mobile/index.html
Hasil karya : Puan Syahirah binti Tumar
No comments:
Post a Comment