Friday, November 17, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Laporan Bertugas Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Tarikh: 13 November 2023 hingga 17 November 2023

Kumpulan Bertugas : Kumpulan B

Senarai Guru Bertugas:

1. Jamilah binti Mohd Yusof

2. Roslinda binti Mansor

3. Rafidah binti Salleh

4. Safinatunajakh binti Mat Som

5. Nurul Nadhirah binti Kamaruzaman

6. Rosmawati binti Md Desa

7. Roseniza binti Setapa

8. W Rosmawati binti W Ibrahim

9. Wan Faizol bin Wan Mat

10. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

11. Ahmad Syahir bin Tohit

- Tiada perhimpunan dijalankan kerana cuti sambutan perayaan Deepavali pada hari Isnin (13 November 2023) dan Selasa (14 November 2023).

Aktiviti sepanjang minggu:

1. Ujian SEGAK Tahap 2 

Ujian SEGAK Tahap 2 telah diadakan di Dewan Perdana pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Ujian SEGAK dijalankan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid. Ujian ini dijalankan secara sistematik dan wajib dijalankan dua kali setahun serta untuk memotivasikan murid agar mengamalkan cara hidup aktif lagi sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2. Kursus Asas Olahraga

Kursus Asas Olahraga telah diadakan di Dataran Perhimpunan, Dewan Taman dan Dataran berhadapan bilik RBT. Tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi murid kemahiran, pengetahuan, dan pengalaman dalam berlari, melompat dan membaling. Kemahiran olahraga asas membolehkan murid yang mengikut kurikulum Pendidikan Jasmani menguasai teknik kemahiran olahraga dalam lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru dan lompat tinggi.

Kursus ini dipecahkan kepada 3 stesen utama iaitu :

Stesen A : Lompat Tinggi

Stesen Lompat Tinggi dijalankan di Dataran Perhimpunan bersebelahan bilik RBT

Stesen B : Lontar Peluru

Stesen Lontar Peluru dijalankan di sebelah kantin

Stesen C : Lari pecut dan berganti-ganti

Stesen lari pecut dan berganti-ganti dijalankan di Dataran Perhimpunan


3. Latihan Kriket

Latihan kriket diadakan pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat yang melibatkan pasukan bawah 12 tahun lelaki dan perempuan di bawah bimbingan jurulatih Cikgu Junaidi. Latihan kriket ini adalah persediaan rapi pasukan sekolah bagi menghadapi cabaran Kejohanan Kriket Champion Schools Peringkat Negeri Selangor 2023 nanti. Semoga pasukan kriket SKTPP dapat meneruskan kecemerlangan dan  berjaya membawa pulang piala kemenangan yang diidam-idamkan..

4. Modul Lencana Keahlian Pengakap

AKtiviti Modul Lencana Keahlian Pengakap telah dijalankan pada hari Rabu oleh pemimpin pengakap SKTPP yang diketuai oleh cikgu Fakhrul Hafiz dan cikgu Norazian dan dijalankan di Dewan Perhimpunan. Modul lencana yang dijalankan ialah Lencana Basikal yang disertai oleh 12 orang murid tahun 4 dan 5 sahaja.



Disediakan oleh :
Wan Faizol bin Wan Mat 

No comments:

Post a Comment