Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 adalah program untuk menyediakan murid
menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam
persekitaran baharu di sekolah rendah.
PENGENALAN
PTTS 2.0 dirangka bagi mencapai objektif seperti berikut:
1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.
2. Menyesuaikan
murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
3. Membina
hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.
5. Membantu murid
mengurus diri sendiri.
6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.
Program ini disusun dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.
1. Fasa Penyesuaian adalah bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.
2. Fasa Kesediaan pula bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.
- Menyediakan anak dari aspek fizikal, sosioemosi dan mental.
- Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun Satu.
- Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
- Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.
- Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.
Perhimpunan rasmi pertama |
Perasmian Minggu Transisi oleh Guru Penolong Kanan Petang |
Semasa rehat |
Aktiviti pertama di dalam kelas-mewarna |
Perasmian Bulan Ihya' Ramadan dan Bulan Dakwah |
Tazkirah ringkas oleh Ustaz Mohd Hadri |
Murid tahun satu yang berjaya menjawab soalan kuiz |
No comments:
Post a Comment