... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, June 8, 2024

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali Ke-20 Tahun 2024


Pada tarikh 8 Jun 2024 (Sabtu) telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-20. Seawal 8.00 pagi, para ibu bapa telah pun membanjiri Dewan Perdana SKTPP. Rasa tanggungjawab dalam menentukan tadbiran PIBG bagi penggal baru dan penambahbaikan yang akan dibuat memanggil-manggil untuk ibu bapa hadir walaupun banyak kekangan lain. Syabas diucapkan buat ibu bapa/penjaga murid-murid SKTPP yang hadir pada hari ini.

Pada tahun ini sedikit kelainan dibuat di mana ada daya penarik iaitu "Cabutan Bertuah" . Pelbagai hadiah yang lumayan ditawarkan seperti Ipad, basikal dan tidak ketinggalan barang-barang dapur yang berpisah tiada dengan ibu bapa. Seramai 261 ibu bapa hadir kali ini dan ini merupakan jumlah yang sangat baik. MAT kali ini juga diselitkan dengan taklimat serta soal jawab program Ains & NILAM serta Sispeka sekolah. Majlis berjalan lancar dan berakhir pada pukul 1.30 tengah hari. Boleh rujuk buku program ini untuk maklumat lanjut.

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang MAT dijalankan.


Pendaftaran ibu bapa seawal 7.45 pagi

Jamuan bersama VIP

Tetamu mula memenuhi ruang Dewan Perdana

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Khairul Afiq &
Ucapan oleh Tuan Hj Megat Mohd Salleh bin Mohd Arshad (YDP PIBG)

Ucapan perasmian oleh Tuan Naharnuar bin Ayob
(Ahli Majlis Zon Putra Perdana, Majlis Perbandaran Sepang)

Penyampaian sijil & cenderamata untuk AJK PIBG 2023/24

AJk PIBG 2023/24 bergambar kenangan
bersama-sama sijil & cenderamata  masing-masing




Takalimat Sispeka Sekolah oleh Puan Wan Mahani 


Selingan....Cabutan bertuah

Lagi....terima kasih kepada yang menyumbang
 dan tahniah kepada yang berjaya

MAT PIBG kali ke-20 bermula dengan pelantikan baru



Berikut Senarai Barisan AJK PIBG Sesi 2024/25. Tahniah dan syabas di atas pelantikan baru. Semoga dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.



Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Malisha Omar
Farhana Mohammad Fuzi

No comments:

Post a Comment