... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, August 15, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 21 - SESI PAGI

  

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 21
12 OGOS 2024 HINGGA 16 OGOS 2024

Tarikh: 12 Ogos 2024 - Isnin

Masa: 7:30 pagi - 8:00 pagi

Tempat: Dewan Perdana

Tema /Warna: Unit Beruniform

 

1. Juruacara: Ahmad Ammar bin Mohd Jailani (6 Windows)

2. Konduktor 3 Buah Lagu: Adeeb Mirza bin Mazlan (6 Unix)

3. Pembaca Doa: Nik Ahmad Aqeel Baihaqi bin Nik Abas (6 Oracle)

4. Pembaca Ikrar Rukun Negara: Muhammad Haziq bin Mohd Amir 6 W

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-20 : Puan Nor-Azura binti Mustafa

6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Semasa: Puan Nor Arzah binti Hussin

7. Tema Mingguan :   Jimat Cermat

8. L.A.W.A.D: 

* BM: hadam - cerna / hancur 

* BI: adjust - laraskan

* BA: مُبَارَة (mubaarotun) - pertandingan

9. Lain-Lain Pengumuman:

* Keputusan Keceriaan Kelas Minggu Ke-20

* Penyampaian Hadiah : 

1. Pandu Puteri Tunas-Topaz 2 (Puan Siti Rabiah binti Mohammad)

2. TKRS - kenaikan pangkat koperal (Cik Nanthini a/p Nadason)

3. Kriket-MSSD, MSSS (Ustaz Muhammad Khairul Afiq bin Jamili)

4. Penyampaian Sijil Pertandingan-Poetry Recitation (Puan Nur Murni binti Abdullah)

5. Olahraga (Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussain)

* Majlis Peluncuran Pembugaran SSDM

10. Ucapan Pentadbir:

       Puan Jumilah binti Ahmad - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
      

Berikut adalah laporan dan gambar-gambar aktiviti sepanjang minggu ini.

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh :Puan Nor Azura binti Mustafa

Murid dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari budaya membuli rakan sebaya dan memuukul mangsa buli walaupon dianggap sebagai gurauan.Murid juga dikehendaki menggunakan pintu pagar B bagi yang menaiki kenderaan.


LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 20 OLEH CIKGU NOR AZURA




JURUACARA  MINGGU KE 21 - CIKGU NOR ARZAH BINTI HUSSIN. 
TEMA : JIMAT CERMAT


LAPORAN PUAN SITI RABIAAH BINTI MOHAMMAD - PANDU PUTERI TUNAS (PPM)

Pada 26 hingga 28 Julai 2024 , Pandu Puteri Tunas telah menyertai Cabaran Anugerah Pandu  Puteri Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang bertempat di Kem Baitun Nur di Kuala Langat 2 orang murid telah mendapat Tempat Kedua dalam Aktiviti Spider Pen. Iaitu adik Wan Nur Humaira dr Kelas 6 Mandriva dan Adik Nur Arissa binti Ahmad Faizal dari kelas 6 Unix juga mendapat tempat ke dua dalam aktiviti Let Talk and Retro Nite.

Pn Siti Rabiah selaku penyelaras
Guru Penasihat PPT Pn Siti Rabiaah bt Mohammad 
                                                                                                



Peserta bersama Guru Besar, Pk Ko dan Guru Penasihat



LAPORAN TEACHER NANTHINI a/p NADASON - TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH 

Pada 23 hingga 25 Julai 2024 seramai 6 orang murid telah menyertai Kursus Kenaikan Pangkat (Koperal) Daerah Sepang dan telah berjaya  mendapat pangkat KOPERAL. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada murid-murid dan guru pembimbing.


Guru Penasihat bersama Guru Besar SKTPP dan peserta


LAPORAN KEJOHANAN KRIKET MSSD SEPANG  DAN MSSS - USTAZ KHAIRUL AFIQ BIN JAMILI

Kejohanan Kriket MSS Selangor 2024 yang bertempat di SMK Sungai Rawang Padang Awam Pekan,SK Methodist Sungai Pelek.  29 Julai hingga 1 Ogos 2024.

Untuk makluman semua, pemain-pemain kriket SKTPP juga berjaya merangkul anugerah berikut : 

🏅Best Wicket keeper 

- Muhd Shafiq Syahmi

🏅Best Bowler

- Uwais 

🏅Best all rounder

- Putra Arryan Arshad

🎖Anugerah Pengurus terbaik 

Encik  Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Tahniah Team Sepang Naib Johan Cup MSSS 2024 dan Juara Keseluruhan Kejohanan Kriket MSSS tahun 2024.


Jurulatih dan pengurus kriket SK Taman Putra Perdana
Encik  Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh dan En Khairul Afiq bin Jamili


Majlis penyampaian sijil dan medal


Johan Kriket MSSD Sepang 2024


LAPORAN PENYAMPAIAN SIJIL PERTANDINGAN POETRY RECITATION - (Puan Nur Murni binti Abdullah)


Mendapat tempat kelima  dalam POETRY RECITATION Peringkat Negeri Selangor.  



 Tahniah .


lAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT MSSD SEPANG - NIK ROSMALIZA BINTI NIK HUSSAIN

Kejohanan olahraga MSSD Sepang  berlangsung pada 5 Ogos 2024 hingga 8 Ogos 2024 di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

1. Empat hari berlangsung di stadium. Berpanas dan berhujan.
2. Atas titipan doa dan dokongan warga SKTPP, SKTPP dinobatkan juara keseluruhan. 
3.Lebih manis momen ini kerana pagi memulangkan piala pusingan ke stadium, pada ptg.bawa  kembali ke SKTPP
3. Tiga tahun mengekalkan kejuaraan.
4. Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru2 dan barisan jurulatih. Penat lelah kalian berbaloi dengan menjulang piala pusingan pada petang 
5. Hasil tuaian para atlet seperti di bawah : 
        8 emas
        3 perak
        3 gangsa


Keputusan Kejohanan Olahraga MSSD Sepang 2024.

                             
 Penyampaian Piala Pusingan Kejohanan Olahraga MSSD Sepang


Seramai 44 atlet padang dan balapan  bersama guru pengiring dalam kejohanan Olahraga MSSD Sepang bertempat di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.


 Penyampaian Sijil dan Medal .

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan dan jutaan terima kasih buat Tuan Guru Besar En. Mohd Izzuddin bin Yoop , PK Kokurikukulum Pn Fauziah binti Salehoddin , Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris selaku Jurulatih kejohanan, Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif , Cikgu Nor Amirul Fitri bin Othman, Cikgu Jamilah binti Mohd Yusof , Cikgu Roslinda binti Mansor, Cikgu Siti Rabiaah binti Mohammad , Cikgu Nik Rosmaliza binti Nik Hussain dan guru-guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung  moga jasa dan sumbangan guru-guru di balas dengan  kesihatan yang baik dariNYA.

LAPORAN MAJLIS PELUNCURAN PEMBUGARAN SISTEM SAHSIAH DIRI MURID 
( SSDM ) - PN NOR ARZAH BINTI HUSSIN

Taklimat dari Ketua Guru Disiplin Tuan Haji Tarmiji bin Sabali berkenaan disiplin murid-murid    SK Taman Putra Perdana diantaranya berlaku vandalisme seperti menconteng tandas dan merosakkan harta benda sekolah. Justeru salahlaku ini akan direkodlan oleh guru dalam Sistem Sahsiah Diri Murid-  SSDM.  Anugerah akan diberikan kepada Murid Paling Banyak Amalan Baik, Guru Paling Banyak Merekod Amalan Baik Murid dalam SSDM dan rekod diambil dalam tempoh 3 bulan sekali.

Guru Besar merasmikan Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)


Taklimat oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali 
Ketua Guru Disiplin SK Taman Putra Perdana.

UCAPAN PENTADBIR PK HAL EHWAL MURID- PUAN JUMILAH BINTI AHMAD

Ingatan untuk murid-murid supaya dapat hadir ke sekolah setiap hari dengan penuh semangat untuk menuntut ilmu dan secara tidak langsung dapat menguarangkan masalah peratus kehadiran.


 



SEKIAN TERIMA KASIH....



Laporan guru bertugas Minggu 21.
Kumpulan C 2024/2025


No comments:

Post a Comment