... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, January 10, 2025

MAJLIS SEJAMBAK UKHWAH, SEMEKAR MAHABBAH - PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN

 

TARIKH : 10 JANUARI 2024 (JUMAAT)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN PERDANA , SKTPP

Pada tanggal 10 Januari 2024 (Jumaat), telah berlangsungnya Majlis Sejambak Ukhwah, Semekar Mahabbah. Ia bersempena perpindahan Penolong Kanan Kokurikulim, Puan Fauziah binti Salehoddin di atas kenaikan pangkat beliau. 

Kalau tidak kerana unggas,

Tidaklah rosak padi di sawah;

Kalau tidak kerana tugas,

Tidaklah kita akan berpisah.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan dan begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak jalan selagi hayat dikandung badan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan titipan ucapan oleh En. Mohd Izzuddin bin Yoop, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Menyusul selepas itu, ucapan daripada yang diraikan, bekas Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin. Majlis ini dilengkapkan lagi dengan ucapacara memotong kek, seterusnya bingkisan memori yang dizahirkan dalam bentuk persembahan multimedia bersempena majlis perpisahan Puan Fauziah, hasil sentuhan kreativiti Cikgu Syahir dan Ustaz Khairul Afiq.

Agenda majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Kemudian, majlis disempurnakan lagi dengan sesi fotografi bersama mantan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Fauziah binti Salehoddin sebagai kenang-kenangan.

Madah diungkap santun bitara,

Pantun dilantun mengusik hati;

Salah dan silap tutur bicara,

Pohon diampun seikhlas hati.


Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di hujung taman;

Junjungan budi semarak kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.


Kenangan-kenangan indah yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung;

No comments:

Post a Comment